saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 12/07/2008

Dr. Faiz disambut meriah di Festival Sains dan Teknologi


FAIZ Khaleed menandatangani autograf pelajar selepas menyampaikan ceramah motivasi pada Festival Sains dan Teknologi peringkat negeri Johor di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud Iskandar, Muar, semalam.


LEDANG 11 Julai - Angkasawan Negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed hari ini diberi sambutan meriah oleh lebih 1,000 pelajar semasa menghadiri Festival Sains dan Teknologi peringkat negeri Johor yang berlangsung di sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud Iskandar, Sungai Mati di sini.

Selain kehadiran pelajar dan guru daripada lebih 30 sekolah di seluruh negeri ini, pelbagai lapisan masyarakat tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dan bertanya pelbagai soalan kepada Dr. Faiz pada program yang diadakan di Dewan Orang Ramai Seri Mutiara, sekolah itu.

Dr. Faiz turut berkongsi pengalaman semasa menjalani latihan di Rusia tahun lalu dan menyampaikan ceramah motivasi serta meluangkan masa untuk berbual dengan para pelajar sehingga program itu tamat pukul 12 tengah hari.

Turut hadir, Pengetua SMK Tengku Mahmud Iskandar, Fatimah Sairan.

Dalam ceramah motivasinya, Dr. Faiz menasihatkan para pelajar supaya bersemangat untuk belajar dan meningkatkan keyakinan diri untuk mencapai kejayaan.

Selain itu, beliau turut menggesa para pelajar agar menguasai mata pelajaran Sains kerana teknologi yang digunakan dalam program angkasawan negara adalah berlandaskan kepada ilmu itu.

"Tanpa pemahaman yang secukupnya dalam bidang ini, Malaysia mungkin tidak mampu menghantar angkasawan pertamanya ke angkasa lepas.

"Sebagai contoh, baju angkasawan yang digunakan seberat 8.8 kilogram dan hasil daripada teknologi sains penyelidikan Rusia, ia mampu terapung di dalam air ketika kecemasan," katanya.

Festival Sains dan Teknologi peringkat negeri Johor itu berlangsung sejak semalam dengan tema Budaya Inovasi Ke Arah Kecemerlangan Sains dan Teknologi.

Antara program yang diadakan sepanjang festival dua hari itu seperti pertandingan reka cipta dan inovasi sains dan teknologi, termasuk kereta solar, pelancar roket sasaran dan paracut, serta pameran berasaskan sains.

Menurut Dr. Faiz, pengalaman beliau semasa menjalani latihan sebelum dihantar ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) banyak memberinya pengalaman yang akan digunakan dalam misi penghantaran angkasawan negara selepas ini.

"Pada saya, guru yang paling baik ialah pengalaman dan untuk itu saya menyeru para pelajar supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya kerana apa yang kita pelajari itu tidak sehebat pengalaman yang bakal kita tempuhi," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.