saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 12/07/2008

Selangor akan dapatkan pandangan pakar

KLANG 11 Julai - Kerajaan Negeri Selangor akan mendengar pandangan pakar dari Tenaga Nasional Bhd. (TNB) dan yang dilantik jawatankuasa penduduk Kampung Sungai Terentang sebelum memutuskan pelaksanaan Projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di Rawang yang tertangguh hampir setahun.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pandangan dua pakar itu akan didengar pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) Jumaat depan.

"Kami ada dua pilihan, satu melalui jalan (laluan) lama yang menjadi isu sekarang, kedua jalan alternatif yang dicadangkan oleh penduduk (Kampung Sungai Terentang) yang akan dikaji oleh Tenaga (TNB). Jumaat depan kami akan berjumpa dan membuat keputusan," katanya selepas mengadakan perbincangan dengan pegawai TNB pada mesyuarat MTES di sini hari ini.

Projek CAR adalah usaha TNB untuk meningkatkan bekalan elektrik ke Lembah Klang dari 33 kiloVolt (kV) dan 125kV kepada 275kV tetapi projek berkenaan tertangguh hampir setahun ekoran bantahan penduduk Sungai Terentang, Rawang dan kerajaan negeri bercadang mengalihkan laluan kabel pencawang elektrik itu ke kawasan lain.

Cadangan laluan baru projek CAR itu melibatkan penduduk di Taman Tun Perak, Kampung Dusun Melayu, Kampung Sungai Samak, beberapa pengusaha kilang di Batu 17 dan Batu 15 1/2 dan sebuah stesen minyak di Rawang.

Menteri Besar berkata, kerajaan negeri akan melakukan yang terbaik dengan memastikan kesan minimum ke atas penduduk yang terlibat dengan projek itu kelak.

Sementara itu, wakil penduduk Kampung Dusun Melayu, Abdul Ghani Abdul Rasul memberitahu wartawan, cadangan laluan baru itu dibuat tanpa pengetahuan atau perundingan dengan penduduk yang terlibat dan mereka hanya mengetahui perkara itu baru-baru ini.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa kerana peguam yang mewakili mereka, Nazariah Abbas tidak dibenarkan menyertai mesyuarat MTES hari ini sedang wakil penduduk Kampung Sungai Terentang dibenarkan menyertainya.

"Di sini nampak diskriminasi bersuara di mana kami langsung tidak diberi hak untuk menyampaikan pandangan," katanya.

Bagaimanapun, Nazariah berkata, cadangan laluan baru itu akan menjejaskan 48 buah rumah di Taman Tun Perak, beberapa buah kilang dan sebuah stesen minyak.

Katanya peningkatan kabel voltan dari 33kV ke 275kV akan memerlukan menara kabel yang lebih besar dibina dan TNB juga memerlukan zon penampan yang lebih luas dan keadaan itu mungkin menyebabkan lebih banyak kawasan terpaksa diambil alih oleh kerajaan yang bermakna akan membabitkan lebih banyak rumah.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu berkata cadangan laluan baru projek itu bukan melalui kampung Melayu seperti yang dikatakan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

"Ada tanah milik orang Melayu dan orang Cina, tanah pertanian atau kawasan lapang atau kawasan hutan... tiada sebuah rumah pun akan terjejas dengan laluan alternatif yang dicadangkan penduduk Kampung Sungai Terentang itu," katanya.

Ronnie berkata, melalui penyelidikan yang dijalankan beliau menerusi Internet, hanya terdapat empat buah rumah di Kampung Sungai Samak yang bertaburan tetapi jauh daripada cadangan laluan baru itu.

Oleh itu, Ronnie berkata, dakwaan Dr. Mohamad Khir yang projek itu akan menimbulkan isu perkauman adalah tidak berasas.

- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.