saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 15/07/2008

Perhimpunan haram gagal


Beratus-ratus kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di sepanjang Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur ekoran sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis di pintu gerbang Kota Darul Ehsan.


KUALA LUMPUR 14 Julai - Perhimpunan besar-besaran oleh penyokong parti pembangkang sekali lagi gagal apabila rancangan itu yang dijadualkan di luar bangunan Parlimen hari ini, tidak menjadi kenyataan.

Kegagalan itu berikutan langkah polis menghalang kehadiran orang ramai yang tidak berkaitan ke kawasan lima kilometer radius dari bangunan Parlimen menerusi sekatan jalan raya di semua laluan masuk ke pusat bandar raya dan juga di seluruh negara sejak Sabtu lalu.

Sekatan jalan di seluruh negara itu melibatkan 1,600 anggota trafik.

Di sebalik kegagalan perhimpunan itu, warga kota terpaksa pula berdepan dengan kesesakan luar biasa di kebanyakan jalan di ibu negara ekoran sekatan-sekatan dan pemeriksaan polis.

Antara jalan yang mengalami kesesakan teruk ialah Jalan Mahameru, Lebuh Raya Persekutuan, Jalan Tun Razak dan jalan-jalan utama memasuki ibu negara termasuk sepanjang Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur bermula dari Plaza Tol Sungai Besi.

Ini adalah kegagalan kali ketiga parti-parti pembangkang mengadakan perhimpunan dalam bulan ini, selepas rancangan demonstrasi besar-besaran memprotes kenaikan harga minyak yang tidak menjadi kenyataan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), 12 Julai lalu.

Sebelum ini, rancangan mereka mengumpulkan sejuta orang dalam Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat-Protes Sampai Turun di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya pada 6 Julai lalu tidak mendapat sambutan walaupun diadakan dari pagi sehingga malam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.