saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/07/2008

Najib, MB terima pingat

ALOR STAR 15 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak merupakan antara 72 penerima darjah dan bintang kebesaran sempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Najib akan dikurniakan Darjah Mahkota Kedah (DMK) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama pada istiadat penganugerahan yang dijadual berlangsung di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit di sini esok.

Azizan yang mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah pada 9 Mac lalu selepas pakatan pembangkang menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, pula dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Sultanah Kedah, Sultanah Haminah Hamidun mendahului senarai 72 penerima darjah dan bintang kebesaran itu apabila dianugerahkan Darjah Kerabat Halimi (DKH).

Anugerah tersebut turut dikurniakan kepada dua lagi kerabat Diraja Kedah iaitu Tunku Bendahara Kedah, Datuk Seri Tunku Anuar Sultan Badlishah dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim.

Darjah kebesaran DMK turut dikurniakan kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah.

Seramai empat penerima pula akan dikurniakan darjah kebesaran Datuk Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Yang Amat Dihormati (SHMS) yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja.

Mereka ialah Tunku Temenggong Kedah, Datuk Seri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah; Tunku Laksamana Kedah, Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah; Datuk Seri Tunku Puan Soraya Sultan Abdul Halim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pedu yang juga merupakan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Dua lagi penerima SPMK ialah Datuk Tunku Hamidah Sultan Badlishah dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Sultan Kedah juga akan mengurniakan lapan darjah kebesaran Darjah Seri Setia Diraja Kedah (SSDK) yang turut membawa gelaran Datuk Seri kepada Datuk Tunku Ahmad Nerang Tunku Abdul Rahman; Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Tun Azmi; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Alaudin Mohd. Sheriff dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.