saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 16/07/2008

‘Trend terkini angkatan tentera’


ANGGOTA-anggota ATM yang bertugas dalam Ops Pasir kelolaan Mk AB ini kelihatan segak mengawal perairan Sabah.


TUGAS hakiki Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula berubah selepas era komunis pada tahun 1989 dan sejak itu, sebarang operasi yang melibatkan lebih daripada satu perkhidmatan dalam ATM diterajui oleh Komander Angkatan Tugas Bersama.

Bagaimanapun, organisasi ini akan dibubarkan setiap kali sesuatu latihan atau misi bersama tamat kerana ia bukan merupakan sebuah ketumbukan yang tetap.

Justeru, setiap kali latihan atau misi yang memerlukan penggabungan Tentera Darat (TD), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), organisasi tersebut terpaksa ditubuhkan semula.

Menyedari kepentingan satu markas bersama yang tetap, ATM telah menubuhkan Markas Angkatan Bersama (Mk AB) pada 16 julai 2007.

Konsep bersama yang bersifat tiga perkhidmatan (tri-service) ini bertujuan untuk berfungsi dengan lebih berkesan dalam membantu Panglima ATM terutama daripada aspek pemerintahan dan pengawalan operasi di peringkat tertinggi.

Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Allatif Mohd. Noor memberitahu, Mk AB bertanggungjawab merancang dan melaksanakan semua operasi bersama, operasi gabungan serta multinasional seperti operasi keamanan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sewaktu konflik atau peperangan pula, Allatif berperanan sebagai Komander Operasi Bersama setelah mendapat perintah daripada Panglima ATM.

Walaupun markas ini tidak mempunyai aset pertahanan untuk dikelolakan, namun ia tetap ‘berkuasa’ menggerakkan mana-mana kereta kebal, kapal perang ataupun jet pejuang TD, TLDM dan TUDM.

‘‘Keistimewaan Mk AB ialah saya boleh menggerakkan mana-mana aset dan anggota ATM bila perlu, setelah mendapat perintah Panglima ATM,” katanya tegas.

Menurutnya, markas terbaru itu merupakan trend terkini angkatan tentera di seluruh dunia terutama kuasa-kuasa besar di Barat.

Menafikan satu soalan, Allatif berkata Mk AB bukan diadaptasi daripada model-model angkatan bersama di seluruh dunia.

‘‘Kalau mahu dibandingkan juga, negara yang mempunyai markas bersama paling hampir dengan kita ialah Australia. Ini disebabkan Malaysia dan ‘negara kangaroo’ itu merupakan anggota Komanwel selain kedua-duanya aktif menjalani operasi latihan bersama,” jelasnya.

Allatif menambah, konsep yang diguna pakai oleh Mk AB berupaya mengurangkan masa untuk menyediakan pasukan serta menghantar mereka ke satu-satu misi.

Ini katanya didorong oleh pengurangan kerenah birokrasi kerana beliau secara terus boleh meminta bantuan panglima-panglima TD, TLDM dan TUDM untuk menggunakan aset dan anggota daripada setiap perkhidmatan itu.

‘‘Selain aset-aset dan anggota, saya juga boleh meminta bantuan daripada ketiga-tiga panglima untuk menggunakan pasukan khas (komando) yang ada dalam perkhidmatan mereka, asalkan Panglima ATM telah memberikan ‘lampu hijau’ kepada saya,” jelasnya.

Apa yang membanggakan kata Allatif ialah dalam beberapa siri seminar antarabangsa, para pegawai tertinggi tentera dari negara-negara lain memberi pujian kepada Mk AB.

Sebagai contoh ujar beliau, seorang panglima dari sebuah negara Barat pernah memuji tahap kecekapan Mk AB yang boleh menggerakkan aset dan para anggota ketiga-tiga perkhidmatan dengan kadar segera.

‘‘Semasa satu seminar di Kuala Lumpur baru-baru ini pula, seorang jeneral dari Filipina telah meminta kertas kerja Mk AB yang saya bentangkan untuk dijadikan model panduan mereka,” katanya.

Setakat ini, Mk AB nyata telah mengharumkan nama negara menerusi beberapa penugasan cemerlang di bawah payung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Contohnya sehingga kini, Mk AB masih lagi mengendalikan misi PBB Untuk Referendum di Sahara Barat (Minurso) dan Kontinjen Malaysia (Malcon) II bagi misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

Pada Oktober lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menyatakan kejayaan membanggakan pasukan Malcon I.

Katanya, di atas kecemerlangan itu, ATM telah dijemput untuk menghantar Malcon II pula oleh badan dunia tersebut.

Selain itu, Mk AB juga kini mengawal keselamatan pantai timur Sabah dalam satu operasi yang dikenali sebagai Ops Pasir iaitu singkatan bagi Padanan And Sipadan Island Resort.

Dalam perkembangan lain Allatif berkata, ATM kini perlu merancang pembelian aset-aset pertahanan mereka pada masa hadapan supaya ia dapat menampung keperluan setiap perkhidmatan termasuk Mk AB.

Ini, katanya, kerana Mk Ab merupakan satu markas yang patut ada dalam setiap negara maju dan negara-negara membangun, selari dengan peredaran zaman.

Menurutnya ia perlu kerana status keselamatan negara harus selari dengan cita-citanya menjadi negara maju pada tahun 2020.

“Justeru mulai Rancangan Malaysia Ke-10 nanti, pembelian aset-aset ATM harus relevan dengan perkembangan teknologi dan turut boleh diguna pakai oleh Mk AB,” jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.