saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 17/07/2008

Sukar bina jambatan seberang Sungai Bernam

SHAH ALAM 16 Julai - Kerajaan perlu mendapat kebenaran pemilik Ladang Ulu Bernam sekiranya bercadang untuk membina sebarang kemudahan awam di ladang itu kerana kawasan tersebut merupakan milik persendirian.

Ahli Parlimen Sungai Besar, Noriah Kasnon berkata, permintaan penduduk sekitar agar dibina sebuah jambatan menyeberangi Sungai Bernam bagi menggantikan perkhidmatan feri sukar dipenuhi tanpa persetujuan pemilik ladang tersebut.

Katanya, menyedari masalah yang dihadapi penduduk, kerajaan telah berusaha membina jalan alternatif bagi memudahkan mereka berulang-alik di antara Sabak Bernam dan Hilir Perak tetapi tidak mendapat sambutan kerana jaraknya yang terlalu jauh.

"Walaupun feri tersebut kepunyaan pemilik ladang untuk kegunaan para pekerja dan keluarga masing-masing tetapi mereka tetap membenarkan penduduk sekitar menggunakannya.

"Kalau hendak dibina jambatan, kerajaan perlu meminta kerjasama pemilik ladang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 8 Julai lalu, Utusan Malaysia menyiarkan rintihan penduduk Tanjung Medan, Sabak Bernam yang terpaksa menggunakan perkhidmatan feri sejak zaman pemerintahan British untuk ke Ladang Ulu Bernam, Hilir Perak sama ada bersekolah atau membeli barangan keperluan harian.

Perkhidmatan yang tidak mengikut jadual selain tiada jaminan keselamatan merupakan antara masalah yang terpaksa dihadapi penduduk setiap kali menggunakan feri berkenaan.

Menurut Noriah, walaupun Ladang Ulu Bernam bukan terletak dalam kawasannya, beliau akan cuba sedaya upaya membantu mengatasi masalah yang dilalui penduduk Tanjung Medan itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.