saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 18/07/2008

Inflasi Zimbabwe 2.2 juta peratus tertinggi di dunia

HARARE 17 Julai - Kadar inflasi di Zimbabwe yang meningkat sehingga 2.2 juta peratus adalah tertinggi di dunia dengan harga barangan naik mendadak antara 30 hingga 40 peratus setiap hari.

Namun Presidennya, Robert Mugabe menuduh Britain sebagai punca negaranya mengalami inflasi seperti itu apabila negara kuasa besar cuba mengawal kekayaan sumber di negara Afrika ini.

Kesannya adalah harga makanan seperti roti meningkat setiap hari. Hotel tiga bintang di Harare juga menaikkan kadar bayaran sebanyak 300 peratus setiap tiga hari dan yang terbaru ia meningkat dari Z$4 trilion kepada Z$10 trilion.

Mugabe memenangi pilihan raya yang dikritik dunia dan diboikot pembangkang pada bulan lalu, kini menuding jari ke arah bekas penjajah itu sebagai punca kemelesetan ekonomi dan merancang untuk menggulingkan kerajaan pimpinan beliau.

Pemimpin berusia 84 tahun yang telah memegang tampuk kuasa sejak 28 tahun lalu itu turut mendakwa Gerakan Perubahan Demokratik (MDC) sebagai boneka kepada Britain dan Amerika Syarikat.

"Apa nilai Zimbabwe kepada Britain? Jawapannya tidak diberikan tetapi kita tahu apa yang mereka mahukan iaitu perubahan rejim pemerintahan supaya sumber negara berada di bawah kawalan mereka," kata Mugabe pada siaran langsung pelancaran subsidi makanan.

Gabenor Bank Pusat, Gideon Gono semalam mengumumkan inflasi sudah melepasi 2 juta peratus, malah sebahagian daripada pakar ekonomi beranggapan ia lebih tinggi.

Kadar inflasi di Zimbabwe Februari lalu adalah 164,900 peratus, yang tertinggi di dunia dan keadaan ekonomi yang semakin parah mungkin menyebabkan lebih banyak tekanan ke atas parti ZANU-PF untuk berkompromi dengan MDC.

- Reuters

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.