saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 19/07/2008

Tiada konspirasi – PM Kononnya wujud usaha untuk menganiaya Anwar menerusi dakwaan liwat

PUTRAJAYA 18 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan tidak ada sebarang konspirasi di sebalik dakwaan liwat yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, dakwaan tersebut juga bukan hendak menganiaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

‘‘Tak ada. Tak usah percaya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Teksi Hydrofuel di Dataran Putra di sini hari ini.

Beliau ditanya kebimbangan masyarakat antarabangsa kononnya wujud usaha untuk menganiaya Anwar menerusi dakwaan liwat yang sedang dihadapinya itu.

Amerika Syarikat dan Jepun sebelum ini menyatakan bahawa negara tersebut melihat penahanan pemimpin pembangkang itu atas tuduhan liwat sebagai sesuatu yang perlu diberi “perhatian serius”.

Perdana Menteri berkata, kebimbangan masyarakat antarabangsa itu hanya satu persepsi bahawa apa yang berlaku hari ini sama seperti pada 1998.

“Macam mana kita hendak kawal apa yang orang hendak percaya dan apa orang hendak kata. Yang dituduh itu, tidak betul sekali,” katanya.

Abdullah turut menjelaskan polis memerlukan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) baru Anwar kerana sampel yang ada sudah disimpan terlalu lama.

“Itu sudah lama. Kena minta sampel barulah. Apa salahnya. Kalau dia betul-betul kata tidak terlibat, bagi sampel. Buat sekarang. Saya hendak tengok.

“Dia kata dia tidak buat apa-apa.. tentu hasilnya akan membuktikan dia tidak melakukan apa-apa. Itu caranya. Apa susah sangat,” tegasnya.

Abdullah menambah, jika boleh beliau juga ingin melihat kes tersebut dapat diselesaikan segera.

Mengenai permintaan Anwar supaya siasatan dilakukan dengan profesional, Perdana Menteri berkata, beliau tidak mempunyai masalah untuk berbuat demikian.

‘‘Saya bila-bila boleh bagi jaminan akan menjalankan siasatan dengan profesional. Tak ada masalah. Dahulu isteri dia (Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) datang minta jaminan keselamatan suaminya. Saya jamin tidak akan berlaku lagi,” katanya.

Anwar, 61, berdepan dengan dakwaan oleh bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, yang dia diliwat oleh bekas majikannya itu.

Pada 28 Jun lalu, Mohd. Saiful Bukhari membuat laporan di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur (HKL), mendakwa Anwar meliwatnya beberapa kali termasuk kali terakhir di sebuah kondominium di Damansara, dua hari sebelumnya.

Bagaimanapun, Anwar menafikan dakwaan itu dan baru-baru ini membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) meminta Mohd. Saiful Azlan dikenakan tindakan mengikut peruntukan qazaf, iaitu membuat tuduhan tanpa empat saksi atau bersama-sama pengakuan daripada orang yang dituduh.

Semalam, Anwar dibebaskan selepas ditahan polis untuk disoal siasat berhubung dakwaan liwat tersebut.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.