saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 20/07/2008

Sheikh Muszaphar mahu terus beri inspirasi kepada remaja

KUALA PILAH 19 Julai - Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berhasrat untuk terus mengembangkan minat dalam bidang sains dan teknologi kepada remaja dan belia Malaysia.Beliau yang menerima anugerah Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan (DSNS) daripada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman sempena Hari Keputeraan ke-86 baginda di Istana Besar Seri Menanti hari ini gembira dan bersyukur dengan pengiktirafan itu.

''Saya berasa bangga dengan kurniaan ini serta mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana pengiktirafan ini," kata beliau.

Sheikh Muszaphar yang datang bersama tunangnya, Dr. Halina Mohd. Yunos memberitahu, beliau akan terus menjadi ikon dalam bidang sains dan teknologi angkasa lepas serta bersedia mendidik generasi akan datang untuk terus menceburi bidang ini.

''Saya berjanji untuk terus memberi inspirasi kepada remaja dan belia dalam mendalami bidang dan penerokaan angka lepas," ujar beliau.

Sehubungan itu, kata Sheikh Muszaphar, beliau akan meneruskan misi menjelajah ke seluruh negara untuk membawa amanah negara dalam menimbulkan minat menyeluruh dalam ilmu angkasa lepas.

Pada sesi pengurniaan darjah kebesaran itu, seramai 90 penerima peringkat pertama diberikan anugerah masing-masing dengan didahului Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Norzam Mohd. Nor yang menerima Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan (DSNS) yang membawa gelaran Datuk.

Turut menerima anugerah hari ini ialah pemain badminton Piala Thomas 1967, Datuk Ng Boon Bee yang diberikan anugerah Darjah Dato' Paduka Tuanku Ja'afar (DPTJ) yang juga membawa gelaran Datuk.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.