saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 20/07/2008

Formula peralihan kuasa dapat sokongan besar anggota parti - Abdullah

20/07/2008 7:13pm

KEPALA BATAS 20 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata formula peralihan kuasa yang dibuat secara muafakat antara beliau dan timbalannya mendapat sokongan besar daripada akar umbi yang mahu melihat parti terus kukuh dan aman.

Beliau berkata formula itu diterima dengan baik oleh anggota parti bagi memastikan kesinambungan kepimpinan parti itu berjalan lancar.

“Nampaknya ada sokongan besar pada peringkat ini untuk saya dan Datuk Seri Najib Tun Razak terus memegang jawatan masing-masing,” katanya ketika merasmikan persidangan kelompok cawangan-cawangan Umno bahagian Kepala Batas, di sini hari ini.

Abdullah, yang juga Presiden Umno berkata peralihan kuasa itu juga diharap dapat mengelakkan perpecahan yang akan memberi kesan buruk kepada parti serta menjejaskan usaha menjayakan program pembangunan yang dirancangkan oleh kerajaan.

Katanya tindakan itu juga sekali gus meredakan kegelisahan dalam kalangan anggota parti yang bimbang perebutan jawatan di peringkat tertinggi akan membawa kepada perpecahan parti.

Abdullah berkata kebiasaannya rakyat akan menyatakan bahawa persaingan hanya berlaku di peringkat atas kerana di peringkat itulah sering berlakunya perebutan jawatan.

“Umno tiada masalah, begitu juga di peringkat akar umbi dan cawangan. Kekuatan Umno tetap ada tetapi di atas pula jangan berlaku kelemahan,” katanya.

Katanya pemilihan jawatan di peringkat tertinggi seperti Presiden, Timbalan Presiden dan anggota Majlis Tertinggi (MT) bukan sahaja mendapat perhatian anggota parti malahan turut menjadi tumpuan negara luar yang mempunyai hubungan perniagaan dan pelaburan dengan Malaysia.

Beliau berkata kepimpinan parti akan membawa pengaruh kepada kepimpinan kerajaan dan kebanyakan daripada mereka yang dipilih di peringkat MT akan memegang jawatan dalam kerajaan termasuk menjadi Menteri dan Timbalan Menteri.

Sementara itu, Abdullah yang juga Ketua Bahagian Kepala Batas mengingatkan anggota parti yang ingin bertanding dalam pemilihan parti supaya mematuhi garis panduan dan etika yang ditetapkan bagi mengelakkan persengketaan yang boleh memecahbelahkan perpaduan parti.

- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.