saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 21/07/2008

Istimewanya durian Segamat


LAU Chin Hoon (kiri) dan Ayub Rahmat menikmati buah durian yang dihidangkan sempena Promosi Durian Segamat dan Hari Ladang Daerah di Pusat Pertanian Jementah, Segamat, baru-baru ini.


SEGAMAT 20 Julai - Pejabat Pertanian Daerah Segamat telah mengadakan Promosi Durian Segamat dan Hari Ladang Daerah di Pusat Pertanian Jementah sempena musim buah-buahan di daerah tersebut, baru-baru ini.

Program sehari itu dihadiri beberapa pemimpin tempatan serta pegawai kerajaan, antaranya Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, Datuk Othman Jais; ADUN Pemanis, Lau Chin Hoon dan ADUN Kemelah, Ayub Rahmat.

Program itu bertujuan mempromosikan durian Segamat dan buah-buahan tempatan lain yang ditanam di daerah berkenaan dan sepanjang ia berlangsung, pelbagai taklimat termasuk penerangan mengenai ciri-ciri dan taburan lokasi tanaman durian di Segamat disampaikan.

Menurut Pegawai Pertanian Daerah Segamat, Zahari Shahid, daerah ini sememangnya terkenal di negeri Johor sebagai salah sebuah lokasi pengeluaran durian dan setiap kali musim buah tiba, Segamat biasanya menjadi tumpuan pengunjung kerana terdapat deretan gerai menjual buah-buahan itu.

"Durian Segamat mempunyai bentuk dan rasa yang berlainan berbanding dengan durian di tempat-tempat lain. Johor merupakan salah satu negeri pengeluar durian yang utama di Malaysia, selain Perak dan Pahang.

"Semua pokok buah-buahan yang ditanam di Pusat Pertanian Jementah termasuk durian menggunakan kaedah organik iaitu tidak menggunakan sebarang racun makhluk perosak," katanya ketika ditemui selepas program itu.

Program dimulakan dengan sesi lawatan ke sekitar Pusat Pertanian tersebut yang merupakan salah satu daripada Pusat Kecemerlangan Jabatan Pertanian Negeri Johor.

Pusat tersebut menempatkan ratusan tanaman yang terdiri daripada rambutan, limau bali, dokong selain durian.

Pusat Pertanian Jementah juga menyediakan kawasan untuk aktiviti rekreasi bagi kumpulan pengunjung yang berminat.

Katanya, tapak-tapak perkhemahan dalam kawasan dusun yang tenang dengan aliran air sungai yang jernih disediakan untuk kegunaan pengunjung.

Pada akhir sesi lawatan itu, para tetamu dijamu dengan pelbagai jenis buah-buahan tempatan termasuk durian yang terdiri daripada durian kunyit, merah dan IOI, selain durian tempatan Segamat yang diambil dari Sepang Loi, Bumbun dan Gelang Chin-Chin.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.