saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 21/07/2008

Persatuan ibu tunggal perlu aktif kumpul dana

JOHOR BAHRU 20 Julai - Persatuan ibu tunggal digesa memperbanyakkan aktiviti bagi mengumpul dana untuk membantu ahli-ahlinya yang kurang berkemampuan supaya tidak terlalu bergantung pada derma atau sumbangan daripada orang ramai sahaja.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, aktiviti seperti majlis makan malam kerana ia sering mendapat sambutan dan jumlah kutipan yang besar.

"Menerusi majlis sebegini orang ramai pasti akan membeli meja sebagai bentuk sumbangan dan sudah pasti harganya mahal," katanya merasmikan Majlis Menghargai Ibu dan Bapa Tersayang anjuran Persatuan Ibu Tunggal Johor Bahru di Hotel The Zon Regency di sini hari ini.

Shahrir yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, jika program sebegitu banyak dianjurkan, maka semakin bertambah orang yang akan membantu.

Ia secara tidak langsung menambah sumbangan yang bakal diterima untuk memenuhkan dana yang ada, katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan setiap program yang dianjurkan oleh persatuan seperti itu kerana ia dapat membantu ahli-ahli yang sedang berada dalam kesempitan dan amat memerlukan bantuan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Johor Bahru, Nahariah Omar berkata, majlis yang diadakan itu bertujuan untuk mengutip dana bagi membantu ahli-ahlinya bagi menghadapi bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.

"Kita buat majlis ini pun bagi membantu ahli yang kurang mampu. Jadi, saya harap banyak pihak akan tampil menghulurkan bantuan," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.