saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 22/07/2008

Perbincangan kurangkan pergeseran UMNO-Pas

SINGAPURA 21 Julai - Muzakarah UMNO dan Pas yang telah dimulakan akan berupaya mengurangkan pergeseran antara kedua-dua parti demi kebaikan kaum Melayu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kesediaan kedua-dua parti yang mewakili kaum Melayu untuk bermuzakarah adalah baik untuk masa depan orang Melayu.

Katanya, ia juga memenuhi prinsip perjuangan UMNO iaitu untuk membela agama Islam dan mencapai penyatuan Melayu keseluruhannya.

''Untuk sekali ini, kedua-dua parti boleh berbincang mengenai masa depan dan apa akan terjadi kepada kaum Melayu, melampaui perjuangan parti masing-masing.

''Ia juga sejajar dengan semangat ASEAN," kata Rais yang juga Menteri Luar kepada wartawan Malaysia ketika ditemui pada Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN ke-41 di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pendedahan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa muzakarah bersama Pas telah diadakan sebanyak tiga kali bagi membincangkan beberapa isu berkaitan dengan keagamaan dan orang Melayu.

Perdana Menteri berkata, UMNO ikhlas untuk menjayakan pertemuan dengan Pas demi perpaduan Melayu dan kepentingan masa depan umat Islam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.