saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 22/07/2008

Kukuhkan perpaduan umat Islam - Mufti Perlis

PUTRAJAYA 21 Julai - Muzakarah UMNO dan Pas jika berhasil mencapai matlamatnya mampu mengukuhkan kembali kekuatan umat Islam di beberapa negeri yang kebelakangan ini kelemahannya begitu ketara.

Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, beberapa negeri seperti Selangor, Perak dan Pulau Pinang memperlihatkan kelemahan umat Islam berbanding Kelantan yang dianggap selesa dan stabil di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

''Masa depan umat Islam hari ini kelihatan terumbang-ambing. Saya tidak bicarakan tentang negeri Kelantan yang stabil... mungkin rakyatnya selesa dengan apa yang ada di Kelantan di bawah kerajaan Islamnya.

''Tapi negeri-negeri lain seperti Selangor, Perak dan Pulau Pinang, kekuatan umat Islamnya perlu diperkukuhkan.

"Ini bukanlah kerana di situ disebabkan persaingan antara Islam dan bukan Islam tetapi soalnya adalah untuk mengukuhkan umat Islam itu sendiri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendedahkan bahawa muzakarah UMNO bersama Pas telah diadakan sebanyak tiga kali bagi membincangkan beberapa isu berkaitan dengan keagamaan dan orang Melayu.

Abdullah berkata, UMNO ikhlas untuk menjayakan pertemuan dengan Pas demi perpaduan Melayu dan kepentingan masa depan umat Islam.

Katanya, pertemuan dengan pemimpin peringkat tinggi itu bagaimanapun tidak disertai oleh Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mohd. Asri ketika ditanya kemungkinan tanpa penglibatan Nik Abdul Aziz agak sukar untuk melihat matlamat muzakarah itu tercapai bagaimanapun berkata:

"Saya kira Datuk Nik Abdul Aziz juga mahu melihat muzakarah ini berjaya... beliau tidak nafikan keperluannya cuma merasakan pihaknya perlu berhati-hati berdasarkan pengalaman lampau.''

Muzakarah UMNO-Pas bagi membincangkan soal perpaduan Melayu dan umat Islam dicadangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi satu wawancara bersama Harakah, lidah rasmi Pas, minggu lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.