saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 22/07/2008

Anwar puas hati siasatan BPR

PUTRAJAYA 21 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan cara kerja Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang disifatkannya sebagai profesional dalam menyiasat laporan polis berhubung kes 'mata lebam' beliau pada 1998.

Menurutnya, BPR yang mengambil alih siasatan kes itu daripada pihak polis telah membuat laporan dan liputan dengan baik apabila mencatatkan semua maklumat dan keterangan yang diberikan.

"Saya ucap terima kasih, saya dapat peluang memberikan keterangan terperinci untuk memperkuatkan hujah dan bukti bagaimana Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) dan Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan) serta pasukan mereka, mereka cipta dan membawa kes saya yang pertama ke mahkamah.

"Mereka menutup jenayah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor, memalsukan keterangan dengan membuat keterangan baru dan soal DNA saya pada 1998 hingga 1999 yang digunakan untuk menghina saya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberikan keterangan kali kedua selama lebih tiga jam di Ibu Pejabat BPR di sini hari ini.

Anwar tampil memberi keterangan kali pertama kepada BPR pada Khamis lalu.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu tiba pada pukul 9.50 pagi dengan menaiki kenderaan jenis Rover dengan diiringi dua peguam iaitu Datuk Param Cumaraswamy serta R. Sivarasa dan selesai memberikan keterangan kira-kira pukul 1.15 tengah hari.

Laporan polis yang dibuat oleh Anwar mendakwa ada pemalsuan maklumat oleh Abdul Gani dan Musa.

Anwar hari ini memberi lapan bukti mengenai pemalsuan laporan doktor dan laporan polis berhubung kejadian beliau dipukul 10 tahun lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.