saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 25/07/2008

Hutan paya bakau kian pupus


POKOK bakau semakin hari semakin berkurangan akibat pencemaran dan aktiviti pembangunan di perkampungan Portugis Ujong Pasir, Melaka.
- Gambar GAIE UCHEL


MELAKA 24 Julai - Kerajaan negeri digesa memulihara semula khazanah hutan paya bakau di negeri ini yang dilihat semakin diancam kepupusan.

Langkah itu perlu bagi mengembalikan tarikan pelancong ke kawasan tersebut dan seterusnya menjadi sumber ekonomi penduduk seperti kira-kira lebih 10 tahun lalu.

Rata-rata penduduk yang ditemui menyatakan rasa kesal apabila ekosistem paya bakau yang terletak di antara sistem laut dan darat yang dahulu menjadikannya hutan yang amat bernilai kini lenyap sedikit demi sedikit ditelan projek pembangunan.

Paya bakau yang dahulunya menjadi habitat kepada banyak spesies invertebrat termasuk udang harimau, ikan dan ketam dan organisma lain yang hidup di dasar, kini hanya sekadar menjadi landskap yang hambar.

Untuk mengetahui sejauh mana dakwaan mereka, Utusan Malaysia membuat tinjauan di dua kawasan hutan paya bakau yang dahulunya kaya dengan khazanah alam.

Dakwaan mereka ada benarnya. Tinjauan Utusan Malaysia di Muara Sungai Duyung, dekat Padang Temu di sini baru-baru ini mendapati penemuan yang mengejutkan.

Sebut sahaja apa jenis sampah, pasti dapat dilihat di kawasan itu, daripada sisa industri sehinggalah ke sisa buangan isi rumah semuanya ada.

Daripada tiang konkrit sebesar satu pemeluk, botol arak, atap genting, polisterin, bekas-bekas plastik, paip getah, kon jalan, pakaian, malah tangki air rumah juga dicampakkan di kawasan itu.

Paling menarik, dari jauh, mereka yang berkunjung ke sini akan melihat sampah-sampah plastik tersangkut menjadi 'hiasan' di akar pokok kayu bakau yang terdapat di situ.

Jika dibuat anggaran, semua jenis sampah itu memerlukan beberapa buah lori bermuatan besar untuk mengangkutnya keluar.

Keadaan itu menyebabkan kawasan persisiran pantai tersebut tidak banyak ditumbuhi pokok bakau, mungkin disebabkan 'lemas' dengan segala macam pencemaran.

Situasi hampir sama dapat dilihat di kawasan paya bakau di Kampung Portugis yang terletak kira-kira dua kilometer dari lokasi pertama, walaupun di situ keadaannya dilihat sedikit terkawal kerana masih mempunyai landskap yang indah.

Ketua Persatuan Nelayan Kampung Portugis, Gerard Denker berkata, kawasan tersebut dahulunya dipenuhi hutan paya bakau yang menjadi sumber ekonomi penduduk setempat selain tumpuan pelancong asing.

''Kampung ini dahulunya antara lokasi paya bakau yang paling popular di Melaka, tetapi sedikit demi sedikit, ia musnah diancam pembangunan sekitarnya.

''Dahulu, kira-kira 20 tahun lalu, saya dan nelayan-nelayan di sini boleh dapat sehingga 120 kilogram ketam bunga yang banyak terdapat di kawasan paya bakau ini.

''Tetapi hari ini, hendak dapat dua ekor pun susah dan semuanya disebabkan pembangunan yang tidak dirancang rapi sehingga akhirnya merugikan negara yang kehilangan khazanah lebih berharga,'' katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pendapat sama disuarakan seorang penduduk yang tinggal berhampiran, Ahmad Razlan Kamarul, 23, yang berharap supaya kerajaan negeri menghentikan segala projek pembangunan di persisiran pantai dan memfokuskan kepada pemuliharaan hutan paya bakau.

''Usaha ini penting sebagai tinggalan kepada generasi akan datang selain berfungsi sebagai benteng atau kubu semula jadi sekiranya dilanda ombak besar.

''Kawasan hutan paya bakau merupakan ekosistem yang menjadi habitat kepada pelbagai spesies flora dan fauna serta berfungsi sebagai benteng bencana seperti ombak tsunami,'' katanya.

Bagi penyelia, K. Richard, 35, dia mencadangkan agar hutan paya bakau di bawah kuasa kerajaan negeri diwartakan sebagaimana kawasan hutan simpan.

''Tapi selepas diwartakan, janganlah ia diusik untuk dibangunkan menjadi kawasan kolam akuakultur, perindustrian perikanan atau lain-lain.

''Biar ia menjadi hutan paya bakau semula jadi dan menjadi kunjungan burung migrasi dari seluruh negara yang akan menambah tarikan negeri Melaka,'' katanya.

Bersesuaian dengan pengiktirafan Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) baru-baru ini, seorang doktor, Saiful Azman Kamal, 36, berkata, paya bakau harus dijadikan satu produk tarikan baru.

''Kita perlu tunjukkan potensi bakau sebagai ekosistem yang boleh membantu negeri ini lebih dikenali dan menjana pendapatan penduduknya,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:27
Maghrib 7:01
Isyak 8:15



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.