saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 26/07/2008

Idris lantik peguam

BESUT 25 Julai - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh melantik seorang peguam untuk meneliti dan memikirkan tindakan susulan berhubung kenyataan yang menyebut kos penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang pernah digunakannya sebagai tertinggi di kalangan anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri Terengganu.

Pegawai Khas beliau, Kamarulazman Idris berkata, tindakan itu diambil kerana ia boleh menjejaskan reputasi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh itu.

Menurutnya, kejadian itu menunjukkan kepimpinan kerajaan negeri sekarang tergesa-gesa membuat kenyataan tanpa memikirkan kesan tindakan tersebut walaupun kemudian ia membuat permohonan maaf.

''Rakyat Terengganu seolah-olah dikelirukan dengan tuduhan bahawa Idris yang merupakan Menteri Besar ketika itu bersalah kerana mempunyai rekod penyenggaraan kereta Proton Perdana V6 Executive yang paling tinggi," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Kamarulazman berkata, isu itu tidak perlu dipolitikkan kerana ia hanya akan menjatuhkan imej dan karier politik Idris yang ketika ini tidak berpeluang untuk menjawabnya.

Kamarulazman memberitahu, keadaan yang berlaku telah meninggalkan kesan mendalam kepada bekas Menteri Besar itu yang kini mengikuti satu kursus selama sebulan di Perancis dan dijangka pulang ke tanah air pada 8 Ogos ini.

''Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana meminta maaf kepada Idris di atas kesilapan yang berlaku," ujarnya.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada Rabu lalu mengedarkan senarai kos penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive di kalangan anggota Exco Terengganu dengan perbelanjaan paling tinggi melibatkan kereta yang pernah dipakai Idris berjumlah RM235,123.08.

Bagaimanapun, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong semalam mengakui berlaku kesilapan daripada segi pengiraan iaitu kos sebenar penyenggaraan kereta itu adalah RM131.449.83.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.