saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 26/07/2008

Tentera Darat lancar Batalion Risik

SUNGAI PETANI 25 Julai - Tentera Darat (TD) memahat satu lagi sejarah pertahanan negara apabila Batalion 165 Risik dilancarkan secara rasmi di Kem Lapangan Terbang di sini hari ini.

Pelancaran kor tersebut yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin dibuat bagi memenuhi keperluan semasa dan nasional demi memantapkan operasi perisikan.

Menurut beliau, penubuhan kor yang kini berstatus operasi dianggap penting bagi membolehkan TD bergerak sebagai pasukan berkebolehan dan berupaya untuk menangani pelbagai misi.

"Teras kepada keupayaan ini adalah perisikan yang mutakhir dan jitu.

"Tanpa informasi dan perisikan yang mantap serta tepat pada waktunya maka segala kekuatan TD tidak bermakna.

"Oleh itu, batalion ini dianggap peneraju kepada pasukan TD yang mempunyai keupayaan pelbagai misi,'' katanya ketika berucap pada majlis pelancaran status operasi Batalion 165 Risik TD di sini hari ini.

Menurut Muhammad Ismail, bagi mencapai tahap angkatan yang berwibawa, TD menyusun pelbagai langkah dengan penumpuan terhadap memperlengkap, mengurus dan melatih sumber manusia.

"Selain itu, TD turut mempertingkatkan sistem persenjataan bagi menghadapi cabaran semasa yang semakin rumit.

"Batalion ini contohnya, dilengkapi dengan peralatan canggih seperti pesawat tanpa pemandu (UAV) dan sistem pemantauan perisikan terkini,'' jelasnya.

Penubuhan Batalion 165 Risik TD bermula daripada pasukan 2 Kompeni Perisikan Divisyen yang ditubuhkan secara ad-hoc pada 1 Februari 1989 di Kem Batu Feringghi Pulau Pinang.

Pada 16 Jun 2003, unit tersebut dipindahkan dari Kem Batu Feringghi ke Kem Lapangan Terbang dan kemudian diisytiharkan penubuhannya berkuat kuasa 1 April 2007.

Kini Batalion tersebut diketuai Ketua Perisikan, Kolonel Mohd. Azahar Hashim dan dibantu oleh Penolong Ketua Perisikan, Mejar Sukcha Din Tawan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.