saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 26/07/2008

Tokoh Warisan Orang Hidup diumum

KLANG 25 Julai - Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan hari ini menyenaraikan lima tokoh budayawan sebagai Warisan Orang Hidup bagi menghargai jasa mereka terhadap perkembangan kesenian tradisi negara ini.

Lima individu berkenaan ialah penggiat seni penglipurlara dari Johor, Ali Badron Sabor, 75, Abu Bakar Jaafar, 83, dari Pulau Pinang (boria), Losimin Majanil, 83, dari Sabah (bobohizan).

Dua lagi individu ialah Tan Hooi Song, 62, yang aktif dalam seni gendang Cina dan Vatsala Sivadas, 66, penggiat seni tari masyarakat India, Bharatha Natyam.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, kelima-lima individu berkenaan diiktiraf atas usaha mereka mengembangkan kesenian tradisi masyarakat sama ada di dalam atau luar negara.

"Mereka diisytiharkan sebagai tokoh warisan kerana telah memberi sumbangan yang besar meliputi seni budaya dan muzik yang menjadi identiti masyarakat negara ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz di sini hari ini.

Ditanya sama ada kelima-lima individu terbabit akan diberikan ganjaran atau sebagainya, beliau berkata, setakat ini pihaknya tidak membincangkan mengenai perkara itu.

Sebaliknya, pihaknya akan menampilkan individu berkenaan dalam pameran kesenian yang dianjurkan oleh kementerian termasuk menjadikan mereka sebagai rujukan warisan bangsa.

"Kita tidak fikirkan soal ganjaran atau kewangan, tetapi mereka ini kita akan ketengahkan selain menjadi rujukan kepada generasi kini dan masa depan," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.