saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 26/07/2008

Ekspo Industri Asas Tani NS 1-3 Ogos

SEREMBAN 25 Julai - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri akan menganjurkan Ekspo Industri Asas Tani Negeri Sembilan 2008 bermula pada 1 hingga 3 Ogos depan.

Ketua Unit Perhubungan Awam FAMA negeri, Mohamad Din Abdul Hamid berkata, ekspo tersebut akan diadakan di tapak Pasar Tani Mega Ampangan di sini dan beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 10 malam sepanjang tiga hari berkenaan.

Menurut beliau, produk-produk yang dijual merangkumi produk industri asas tani berasaskan keluaran pertanian, akuakultur, ternakan, herba, rempah-ratus serta kraf tangan.

''Antara acara menarik sepanjang ekspo berkenaan termasuk demonstrasi membuat lempuk durian, gula enau dan dodol gula enau," ujarnya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambah Mohamad Din, selain daripada itu, terdapat acara lain seperti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak pra sekolah, pertandingan gubahan sayur-sayuran peringkat sekolah menengah dan pertandingan kopi tarik Agromas.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.