saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 26/07/2008

UMNO buka jalan kepada Pas suara masalah melalui muqabalah - Hadi

26/07/2008 2:42pm

IPOH 26 Julai — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu menerima jemputan Umno untuk mengadakan perjumpaan atau muqabalah kerana ia memberi peluang kepada PAS menyuarakan masalah yang perlu diselesaikan oleh kerajaan secara bersemuka.

“Umno telah membuka jalan kepada kita...ini satu anjakan yang berlaku kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membuka peluang kepada kita (PAS) kemukakan masalah yang perlu diselesaikan oleh kerajaan,” katanya.

Pimpinan PAS dan Umno telah mengadakan perjumpaan sebanyak tiga selepas pilihan raya umum Mac lepas.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen PAS Perak ke-13 di sini, Hadi berkata antara pandangan yang telah dikemukakan PAS ialah supaya kerajaan Barisan Nasional (BN) menghapuskan diskriminasi kepada negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

Katanya, kerajaan pimpinan Abdullah juga diminta membuat perubahan dan pemulihan terhadap badan kehakiman.

Beliau berkata Perdana Menteri telah menyatakan kesediaan untuk melakukan perubahan yang perlu secara berperingkat sepertimana dicadangkan oleh PAS.

Abdul Hadi sementara itu mengulangi bahawa keputusan sama ada muqabalah antara PAS dan Umno akan diteruskan bergantung kepada persetujuan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Pusat yang akan diadakan tidak lama lagi.

Mesyuarat kepimpinan tertinggi PAS di Kota Baharu, Kelantan dua hari lepas bersetuju meneruskan pertemuan itu jika keadaan memerlukan demi menjaga kepentingan Islam dan perpaduan rakyat terutama di negeri-negeri yang diperintah oleh pakatan pembangkang.

Abdul Hadi turut menolak dakwaan berlakunya perpecahan di dalam PAS ekoran perjumpaan yang diadakan oleh pimpinan kedua-dua parti itu serta wujudnya rasa tidak selesa parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, perjumpaan dengan pimpinan BN bukan pertama kali diadakan kerana sebelum ini juga pemimpin PAS dan DAP pernah bersama-sama dengan kerajaan membincangkan isu negara termasuk dalam Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen).

Sementara itu, Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata perjumpaan antara pemimpin pembangkang dengan kerajaan adalah perkara biasa dalam konteks membincangkan masalah rakyat.

— BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:13
Asar 4:31
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.