saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 26/07/2008

Najib harap muzakarah diteruskan

26/07/2008 5:39pm

PEKAN 26 Julai — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata muzakarah antara Umno dan PAS perlu diteruskan bagi mencari keputusan yang dilihat boleh memberi kebaikan kepada kepentingan ummah dan perpaduan kaum di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno itu berkata jika PAS bersetuju untuk bermuzakarah, Umno dan PAS boleh memperluaskan perbincangan terhadap perkara-perkara kepentingan negara yang difikirkan wajar.

“Eloklah muzakarah ini diteruskan, bukan sahaja perbincangan yang telah dibuat Presiden parti (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini), tapi kalau PAS bersetuju kita boleh perluaskan perbincangan (kepada) apa-apa yang wajar,” katanya selepas menyampaikan bantuan wang ehsan kepada mangsa banjir daerah Pekan 2007, di sini, hari ini.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam bahawa PAS bersedia bermuzakarah jika pertemuan kedua-dua parti itu dapat memberi kebaikan kepada rakyat dan agama.

Ditanya sama ada pertemuan kedua-dua parti itu atas nama muzakarah atau muqabalah, Najib berkata: “Pasal istilah pun takkan nak berbalah, asalkan kita dapat berbincang dan mencari kata sepakat atas isu untuk membantu kepentingan ummah dan negara”.

Najib turut diminta mengulas mengenai tindakan bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Idris Jusoh melantik seorang peguam untuk meneliti dan memikirkan tindakan berhubung kenyataan yang menyebut kos penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang pernah digunakannya sebelum ini sebagai tertinggi di kalangan Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Najib berkata: “Keputusan yang dibuat Perdana Menteri (mengenai) pemakaian kereta rasmi ahli pentadbiran telah pun selesai, di mana mereka dikehendaki mengikut surat pekeliling (iaitu) mesti pakai kereta Proton, (jadi) tak payahlah perbesarkan cerita ( yang lain).” Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi berkata Kabinet memutuskan kerajaan negeri Terengganu perlu menggunakan kereta Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi anggota Exconya manakala 14 kereta Mercedes Benz yang sudah dibeli hanya untuk tetamu kerajaan negeri itu.

— BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.