saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 26/07/2008

Sah, rangka manusia zaman Kesultanan Melaka

PULAU PINANG 25 Julai - Hasil analisis mengesahkan empat tengkorak dan rangka manusia yang ditemui di Kota Melaka pada Mei tahun lalu adalah mereka yang pernah hidup pada zaman Kesultanan Melayu Melaka kira-kira 600 tahun lalu.

Pensyarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia (PPAM) Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Stephen Chia berkata, kajian saintifik juga mendapati rangka itu adalah milik tiga lelaki dan seorang wanita.

Beliau berkata, pengesahan itu diperoleh hasil kajian bersama yang dilakukan dengan firma Beta Analytic dari Florida, Amerika Syarikat.

Menurutnya, pengenalan tersebut dilakukan menerusi gigi dan tulang pinggang khususnya tulang pelvis kerana kerangka bahagian gigi lelaki lebih kasar dan besar berbanding perempuan pula berbentuk tajam dan halus.

Beliau menambah, penyelidikan turut membuktikan ketika mati mereka berusia antara 17 hingga 45 tahun.

"Bagi ketiga-tiga lelaki itu berusia 17 hingga 25 tahun, 25 hingga 45, 40 hingga 44 tahun ketika mereka mati, wanita pula berumur 17 hingga 25 tahun.

"Hasil proses konservasi yang dijalankan selama tiga minggu juga mendapati ketinggian keempat-empat rangka itu adalah di antara 146 hingga 160 sentimeter,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian kabinet rangka manusia yang disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Ahmad Shukri Mustapha Kamal di USM di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah PPAM, Profesor Madya Dr. Mokhtar Saidin.

Utusan Malaysia pada 21 November tahun lalu melaporkan empat tengkorak dan rangka manusia dipercayai dari zaman Kesultanan Melaka yang masih lengkap ditemui di pekarangan bangunan Unit Polis Pelancong Melaka di Jalan Kota.

Rangka manusia yang ditemui ketika kerja-kerja penggalian berhampiran tapak Bastian Middleburg iaitu sebahagian Kota Melaka itu dipercayai berasal dari tahun 1400 hingga 1450, iaitu ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Selain rangka manusia, turut ditemui pelbagai artifek di tapak tersebut antaranya porselin China, pecahan tembikar batu, patahan paip Belanda, peluru senapang dan lain-lain.

Stephen juga memberitahu, hasil kajian mendapati semua mereka bukan beragama Islam memandangkan ia ditanam secara lurus pada arah timur-barat dengan kepala di bahagian barat.

Beliau berkata, pengesahan lanjut seperti ras, bangsa dan lain-lain akan ditentukan melalui kajian ujian asid deoksiribonukliek (DNA) yang sedang dijalankan di Pusat Kimia USM dan juga di Beta Analytic, Florida.

"Sebenarnya kita menemui sebanyak 10 rangka tetapi hanya empat sahaja yang berada dalam keadaan lengkap.

"Kita juga menemui bahan tembikar dalam kubur mereka jadi kita percaya mereka dari kalangan rakyat biasa dan bukan bangsawan kerana amnya golongan berada akan mengkebumikan mayat bersama dengan barangan berharga," jelasnya.

Stephen berkata, rangka tersebut boleh bertahan walaupun berusia 600 tahun kerana sifat tanah yang tidak berasid dengan pH neutral menyebabkan tulang tersebut tidak reput.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.