saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 27/07/2008

Santai bersama 30 anak yatim


norlina ceria dan bahagia hidup bersama lebih 30 anak yatim di bawah jagaan pernim.


Bagi Pengasas Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pesakit HIV dan AIDS Nurul Iman (Pernim), Norlina Alawi, tiada kegembiraan lain yang ingin dikecapi selain melihat anak-anak yang kurang bernasib baik itu membesar dengan penuh disiplin. Pada masa yang sama beliau mahu anak-anak itu mendapat pendidikan sewajarnya agar mampu menjadi warganegara yang berguna.

Waktu santai Norlina juga lebih bersifat aktiviti ke arah menjadikan kehidupan anak-

anak yatim di bawah jagaan Pernim lebih bermakna setelah beliau dan suami bertekad untuk membesarkan mereka walau apa jua yang terjadi.

Kebanyakan masa Norlina yang terluang akan diisi dengan aktiviti dekorasi dan menghias tiga rumah di Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur yang menjadi tempat berteduh, menerap nilai-nilai kemanusiaan dan bergantung hidup anak yatim terbiar sejak empat tahun lalu.

Seperti wanita lain, Norlina suka melihat rumah yang didiami bersama keluarga dan anak-anak nampak cantik dan elegan dengan set perabut, sistem televisyen dan audio terkini, set kabinet dapur yang moden lagi canggih serta hiasan dalaman yang menarik.

Namun apakan daya, cukuplah sekadar tidak lekeh atau berserabut selaras dengan pendapatan yang tidak sebesar mana walaupun ia turut menjadi lokasi Pusat Perlindungan Pernim yang didiami oleh lebih 30 anak yatim yang mempunyai pelbagai kerenah dan songeh seperti kanak-kanak kecil yang lain.

Antara aktiviti dekorasi dan menghias rumah yang sering dilakukan oleh Norlina ialah mengecat kediaman dan memasang pelbagai aksesori di ruang tamu, tempat makan dan bahagian luar rumah. Tujuannya agar rumah itu nampak ceria dan menaikkan mood para penghuninya.

Amalan itu juga sejajar dengan bilangan penghuni yang agak ramai dan kerap kali menjadi medan dalam melakukan pelbagai aktiviti seperti bermain, belajar seni mempertahankan diri dan belajar di halaman rumah setiap hari.

Selain aktiviti dekorasi dan menghias rumah, Norlina juga bersantai menerusi aktiviti bersiar sambil membeli-belah di kompleks membeli-belah yang terletak berdekatan rumahnya untuk meninjau harga barang dan keperluan lain untuk anak-anak di bawah jagaannya.

“Aktiviti window-shopping ini berguna kerana saya bukan membeli-belah dalam jumlah sedikit untuk keperluan bulanan yang melibatkan perbelanjaan RM40,000 bagi membeli membeli makanan, minuman dan barangan keperluan asas lain. Itu belum termasuk belian susu yang berjumlah RM4,000 sebulan.

“Jadi, dengan window-shopping, saya dapat menjimatkan perbelanjaan bulanan terutama dalam suasana kenaikan harga barang sekarang ini dengan membuat perbandingan harga selain memberi peluang kepada anak- anak di bawah jagaan saya berseronok ketika di luar rumah dan sekolah,” katanya.

Menjadi tumpuan

Dengan jumlah yang ramai ketika berada di kompleks membeli-belah, kanak-kanak ini sering menjadi tumpuan orang ramai dan keadaan itu menyebabkan anak-anak yang dahagakan kasih sayang ini terasa dihargai.

Berkenaan soal pembelian pakaian pula, terutama ketika musim perayaan, ia agak menyukarkan kerana Norlina perlu membeli antara 40 hingga 50 pasang baju dan seluar untuk membolehkan anak-anak jagaannya itu menikmati hari raya seperti insan lain.

Mengenai penjagaan perubatan dan ubat-

ubatan pula, anak-anaknya itu mendapat rawatan secara percuma di Hospital Kuala Lumpur (HKL) serta ehsan Poliklinik Gomez Taman Dagang di bawah kendalian Dr. Patrick J. Lawrence yang sudi memberi rawatan penyakit biasa dan ubat-ubatan secara percuma.

Selain bersantai dengan cara itu, Norlina sibuk membuat segala macam rutin kerja harian dalam menjaga makan minum dan pakaian anak-anak terbabit dari memasak, membasuh pakaian, menyediakan susu, mengemas rumah sehingga pergi ke sekolah dan hospital untuk menyelesaikan banyak perkara.

Dengan bantuan adiknya, Nordiana Alawi yang turut sama secara sukarela telah meringankan beban rutin tersebut yang agak renyah dan leceh untuk dilakukan jika berseorangan.

Apa yang menggembirakan bagi Norlina ialah apabila melihat semua kerja itu dijalankan secara gotong-royong dengan semua anak bekerjasama dan membantu antara satu sama lain dalam suasana penuh muhibah demi menjaga kepentingan masing-masing.

“Saya bersyukur kepada Allah Taala kerana walaupun ramai, namun kami dapat hidup bersama sebagai sebuah keluarga besar yang harmoni dengan anak-anak yatim membesar secara sihat dan berubah dari aspek tingkah laku setelah mempelajari pelbagai adab tertib dan bersopan dalam aktiviti harian,

“Jika sebelum ini mereka yang kebanyakannya datang dari keluarga yang bermasalah tidak pandai membaca, sembahyang, mengaji kitab suci al-Quran dan membaca doa makan, kini mereka sudah pandai berbuat semua itu.

‘‘Mereka bersalam serta cium tangan setiap tetamu yang datang,” jelasnya penuh bersemangat ketika ditemui Mingguan Malaysia di Pusat Perlindungan Pernim di Lot 45, 46 dan 47, Jalan 47, Kampung Cheras Baru, 56100, Kuala Lumpur.

Walaupun ada pihak yang mempertikaikan aktiviti tersebut sebagai santai, beliau tidak kisah dan peduli kerana itulah yang termampu dilakukan dengan kekangan masa yang ada sebagai suri rumah, pekerja kebajikan dan penceramah motivasi sambilan.

Apa yang lebih penting ialah matlamat untuk menjaga kebajikan dan membentuk kehidupan sebilangan kecil kebajikan anak- anak yatim terbiar di negara ini, terus terlaksana demi melihat anak-anak itu membesar dalam suasana yang sihat dan membina.

“Biarlah anak-anak yatim di pusat ini dapat belajar di sekolah, pergi mengaji al-Quran, menunaikan kewajipan bersembahyang, belajar tae kwan do, menonton televisyen dan menikmati hiburan seperti anak-anak lain kerana mereka juga manusia seperti kita, cuma nasib tidak menyebelahi,” katanya dengan nada sayu.

Selain menjadi penerima Anugerah Maulidur Rasul 1427 Hijrah 2006, usaha, kerja keras dan pengorbanan selama ini Norlina turut mendapat pengiktirafan dari pelbagai pihak antaranya Anugerah Kemanusiaan Muda anjuran bersama The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) dan PricewaterhouseCoopers (PwC).

Cetusan kesedaran

Pernim ditubuhkan atas cetusan kesedaran dan keinsafan terhadap anak-anak mangsa HIV yang tidak berdosa akibat perbuatan silam ibu dan bapa kandung mereka dan kanak-kanak ini memerlukan perlindungan daripada masyarakat.

Misi utama Pernim ialah membantu anak-anak dari ibu bapa yang mengalami penyakit AIDS dari segi pendidikan, emosi, kerohanian, kasih sayang, moral, kesihatan agar membantu mereka menjadi insan yang boleh berdikari, mempunyai jati diri dan berjaya pada masa hadapan.

Antara aktiviti utama Pernim sejak empat tahun yang lalu ialah ceramah dan pameran mengenai HIV/AIDS kepada penduduk kawasan Taman Melor, Kuala Lumpur, di Sekolah Taman Muda, Kuala Lumpur dan di Sekolah Menengah Pandan Mewah, Selangor.

Selain itu, Pernim turut melancarkan Tabung Perlindungan Pernim pada tahun 2005 dan Norlina kerap terlibat dalam sesi penggambaran pelbagai program televisyen yang berkisar mengenai pembabitan beliau dalam kerja amal anak-anak pesakit AIDS.

Sebagai catatan pada bulan Mac yang lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meramalkan rantau Asia bakal kehilangan hampir 500,000 penduduknya setiap tahun akibat penyakit AIDS menjelang tahun 2020.

Buat masa ini, AIDS menjadi punca kematian sekitar 440,000 rakyat Asia dalam masa setahun dan jangkitan HIV berpunca daripada tiga faktor iaitu aktiviti seks secara komersial, penagihan dadah dan seks tidak selamat di kalangan lelaki.

Hasil kajian PBB mendapati jangkitan itu tertinggi berlaku di negara Asia Tenggara khususnya Indonesia dengan 4.9 juta penduduk Asia dianggarkan menghidap HIV.

Setakat ini lebih 33 juta penduduk dunia dijangkiti HIV atau AIDS.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.