saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 28/07/2008

Kegusaran Maya Karin


MAYA karin bakal melangsungkan pernikahan pada 14 Ogos depan di Itali.


TIDAK dinafikan debaran bertukar tranformasi sisi kehidupan dari anak dara kepada gelaran isteri orang pastinya akan singgah di hati semua insan yang bakal bergelar pengantin.

Walaupun perasaan tersebut cuba ditangani namun pastinya ia sedikit sebanyak akan melingkari perjalanan masa dan detik-detik terindah untuk bergelar raja sehari.

Sama seperti wanita lain, aktres jelita, Maya Karin turut mengakui akan hakikat tersebut.

Namun begitu, mungkin tidak ramai yang sebetulnya, jauh di sudut hati si jelita itu sebenarnya ada perkara lain yang turut menghantui fikiran bakal isteri Steven David Shorthose atau nama islamnya Muhamad Ali.

Mengakui semakin hari semakin gusar dengan persoalan tersebut tetapi sebagai seorang wanita yang matang Maya cuba mengenepikan kegusaran yang bersarang di fikiran.

Malah senario tersebut antara sebab anak kacukan Jerman -Melayu ini mengambil keputusan untuk mengadakan majlis perkahwinan yang ringkas dan tidak besar-besaran.

"Semakin hampir dengan perkahwinan semakin banyak cerita mengenai masalah rumahtangga yang saya dengar.

“Cerita cerai, masalah anak dan pelbagai lagi disampaikan kepada saya oleh rakan-rakan. Semuanya tidaklah seindah yang digambarkan. Bila saya dengar cerita-cerita macam ini sedikit sebanyak membuatkan saya semakin tertekan dan gusar,” jelasnya pada satu pertemuan dengan Hits baru-baru ini.

Akui Maya, selain cerita-cerita tersebut pengalaman yang dilalui oleh kedua ibu bapanya juga antara penyebab dia mahu lebih berhati-hati.

“Kedua ibu bapa saya juga sudah bercerai beberapa tahun lalu. Jadi semua ini membuatkan saya semakin tabah dan kuat untuk menempuh satu fasa baru dalam kehidupan saya,” luahnya bersungguh-sungguh.

Tidak terpaksa
Bagi Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik 2004 ini, meskipun duri-duri perkahwinan belum dirasai namun Maya optimis untuk menempuhinya.

“Perkahwinan merupakan satu perjudian. Sama ada bahagia atau tak kita akan tetap tempuh. Jadi saya bersedia untuk menempuhinya meskipun saya belum tahu apa yang akan berlaku di masa depan,” tuturnya lembut.

Maya memberitahu, sejujurnya dia tidak akan sesekali menolak tepi kerjaya seni yang sudah diceburinya itu setelah menjadi suri hati Steven.

“Saya tak mahu menjadi seperti yang lain. Sesudah berkahwin mahu menjadi suri rumah dan sebagainya. Bagi saya perkahwinan dan kerjaya dua perkara yang boleh diasingkan.

“Terpulang kepada kita untuk pandai-pandai bagi membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya,” terang Maya yang kini berada kota London kerana menjayakan program Minggu Filem Malaysia 2008 di sana.

Terkilan
Dalam pada itu, aktres berusia 29 tahun ini juga turut terkilan kerana tidak dapat menghadiri Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM 21) yang akan diadakan pada 8 hingga 10 Ogos ini.

Rasa kecewa tidak dapat menyertai acara pesta orang filem itu bagaimanapun terubat kerana tiga buah filem lakonannya Anak Halal, 1957: Hati Malaya dan Duyung antara yang menjadi perhatian dalam FFM21 kali ini.

“Agak sedih sedikit kerana tak dapat bersama-sama karyawan yang lain dalam FFM.

“Tapi sebab saya tak hadir pun kerana urusan perkahwinan saya jadi tak mengapalah. Lagipun sebelum ini saya selalu memberi sokongan kepada FFM. Sekurang-kurangnya pencalonan tiga filem lakonan saya itu sudah mengubati perasaan terkilan saya ini," tutur Maya dalam nada yang lembut.

Perkembangan seni
Kata bakal raja sehari yang akan melangsungkan pernikahan pada 14 Ogos ini, selain sibuk dengan urusan-urusan perkahwinannya, dia juga kini sibuk dengan pembikinan album barunya.

“Saya sangat gembira kerana dah ada empat lagu yang dah siap dirakamkan. Setelah sekian lama ternanti-nanti akhirnya laluan untuk menyiapkan album ini semakin hampir.

“Saya memilih Audi Mok untuk menguruskan album ini kerana saya mempercayainya selain itu dia merupakan kawan baik saya. Dia juga umpama mentor kepada saya,” ujar Maya.

Sementara itu, berbicara mengenai filem pula, jelitawan ini kini masih menunggu jadual baru penggambaran filem Pisau Cukur yang tertangguh sebelum ini.

“Saya sangat teruja untuk berlakon dalam filem ini kerana saya lihat filem ini ada potensi untuk berjaya. Tapi penggambarannya belum lagi dimulakan kerana salah seorang pelakonnya terlibat dengan komitmen lain. Jadi kami semua masih lagi menanti,” katanya yang baru sahaja selesai menjalani sesi membaca skrip filem tersebut baru-baru ini.

Pisau Cukur merupakan filem kedua arahan Bernard Chauly yang sebelum ini pernah mengarahkan filem Gol & Gincu.

Buat pertama kalinya juga, Maya akan digandingkan dengan aktres kontroversi, Nur Fazura dan aktor veteran, Datuk Rahim Razali.

Mengenai pembabitannya dalam filem indie, Punggok Rindukan Bulan pula, terang Maya, tiada banyak bezanya dengan filem-filem arus perdana lakonannya.

“Saya membawakan watak pembantu dalam filem ini dan saya hanya terlibat dalam dua hari sahaja masa.

“Bagi saya berlakon dalam filem indie atau mainstream tak banyak beza pun. Cuma bila kita berlakon filem indie ini, ia hanya melibatkan produksi yang kecil. Bagi saya yang lain-lainnya semuanya sama," katanya yang membawakan watak Roza dalam filem tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.