saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 28/07/2008

Penyatuan UMNO-Pas menerusi kerjasama


HISHAMMUDDIN Tun Hussein memalu kompang bersama murid-murid SK Kem Lok Kawi Sabah yang muncul juara pada Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Pertama di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 27 Julai - Penyatuan UMNO dan Pas boleh berlaku pada masa depan jika ia dilakukan secara sedikit demi sedikit menerusi kerjasama dalam bidang tertentu khususnya pelajaran, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata, penyatuan itu bukan sesuatu yang mustahil demi kepentingan ummah walaupun cadangan mengenainya masih terlalu awal untuk dibincangkan pada waktu ini.

"Pemuda UMNO berpandangan bahawa kita boleh mula sedikit demi sedikit dan kalau niat kita untuk kebaikan umat, akhirnya mungkin ia (penyatuan) menjadi satu kenyataan dengan syarat semua kena ikhlas, jujur dan niat yang betul bagi kepentingan ramai khususnya umat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menutup Pertandingan Kompang, Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Peringkat Kebangsaan Kali Pertama di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor di sini hari ini.

Hishammuddin diminta mengulas cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam supaya UMNO dan Pas dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, penyatuan tersebut boleh berlaku kerana Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.

Hishammuddin berkata, walaupun cadangan tersebut tidak mustahil namun ketika ini kedua-dua parti tidak perlu memikirkan isu-isu yang terlalu jauh ke hadapan sebaliknya memberi fokus terlebih dahulu kepada perkara-perkara asas.

"Jika terlalu fikir jauh ke hadapan maka benda-benda asas pun tidak akan bermula.

"Terlalu awal untuk kita fikirkan ke arah itu (penyatuan) kerana apa yang kita hendak bincangkan sekarang ini adalah berkaitan dengan ummah dalam konteks yang lebih besar," jelasnya.

Hishammuddin berkata, kerjasama dalam bidang pelajaran misalnya, tidak akan menimbulkan banyak halangan atau kekangan dan seterusnya ia boleh diperluaskan dalam bidang lain.

Tegasnya, pemimpin UMNO dan Pas perlu memastikan setiap perbincangan ketika bersemuka atau muqabalah disertakan dengan niat yang ikhlas dan jujur untuk kepentingan generasi akan datang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.