saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 28/07/2008

Peranan kelab buku, kumpulan pembaca

MEMBACA bukan seharusnya menjadi amalan individu semata-mata sebaliknya membaca juga boleh diamalkan secara berkumpulan. Malah, jika diteliti dalam tamadun Islam pun, membaca telah pun diamalkan secara berkumpulan. Masih ingat lagikah bagaimana kita diajar mengaji di kampung? Atau selalukah anda belajar kitab di masjid-masjid, di mana ustaz akan merujuk kitab, yang juga ada satu salinan pada anda?

Malangnya, amalan murni dan terancang ini tidak pula dipraktikkan dalam gerakan membaca. Jika ada pun, ia hanya dilakukan ketika anak-anak anda berusia bawah 10 tahun, yang sering kali dianjurkan oleh perpustakaan. Tetapi, rata-rata masyarakat kita tidak pula melihat membaca itu sebagai satu amalan berkumpulan.

Berlainan dengan negara-negara maju, yang telah mengamalkan amalan atau lebih bijak jika dirujuk sebagai budaya membaca secara berkumpulan. Misalnya di United Kingdom, telah wujud lebih 50,000 kumpulan pembaca. Manakala di Amerika Syarikat (AS), lebih 100,000 kumpulan pembaca wujud dalam masyarakat mereka.

Maka, jika anda berminat, mari kita lihat apa yang dimaksudkan oleh kumpulan pembaca ini.

Penerangan yang mudah; sesuatu kumpulan yang berkumpul untuk berbincang, berkongsi, membedah isi sesebuah buku yang dikongsi bersama untuk sesuatu masa.

Malah, kadang kala kumpulan pembaca ini dirujuk sebagai Kelab Buku. Tetapi bagi penulis, kumpulan pembaca ini lebih bersifat mikro jika dibandingkan dengan kelab buku yang lebih bersifat makro. Skop kumpulan pembaca ini lebih kecil dan menjurus kepada kumpulan pembaca yang tidak lebih daripada 10 orang. Manakala ahli kelab buku boleh lebih daripada 10 orang, malah lebih daripada itu sehingga menjangkau ribuan pembaca.

Antara contoh kelab buku yang aktif dan popular ialah Kelab Buku Oprah, yang dimiliki oleh Oprah Winfrey, seorang 'pengacara buku' yang popular di AS.

Manakala di Malaysia, kelab buku diwujudkan oleh perpustakaan dan juga toko-toko buku. Misalnya Kelab Buku Kanak-kanak Dewan yang telah ditubuhkan pada 14 Julai 1979. Oleh kerana ia bersifat komersial, maka ahli-ahlinya perlu membeli buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Dan DBP pula akan menerbitkan Berita Buku Dewan yang akan menyenaraikan tajuk-tajuk buku baru dan kegiatan-kegiatan kelab.

Juga boleh dirujuk kepada MPH yang juga mewujudkan kelab bukunya sendiri, dan menerbitkan majalah Quil sebagai penyambung silaturrahim antara kelab dan ahli-ahlinya. Atau University Bookstore (UBSM) dengan kelab bukunya sendiri yang telah pun dianggotai lebih 10,000 ahli.

Penulis ingin merujuk kepada tulisan Datuk Hassan Ahmad ketika merasmikan projek 'Kempen Gunakan Perpustakaan' pada 13 November 1981 yang telah mencadangkan kepada Persatuan Perpustakaan Malaysia: "Kita patut menggalakkan penubuhan kelab-kelab buku di seluruh negara.

Saya syorkan supaya seorang atau dua orang wakil dari Persatuan Perpustakaan Malaysia atau bersama-sama pihak Perpustakaan Negara, dan seorang wakil Persatuan Penerbit Malaysia, mengkaji sistem kelab buku yang telah berjaya diadakan di beberapa buah negara lain, terutamanya di Denmark."

Jika peranan kelab buku diuruskan oleh sesuatu organisasi, sama ada perpustakaan atau toko buku, kumpulan pembaca pula diuruskan oleh masyarakat itu sendiri. Malah anda pun boleh mewujud dan menguruskan kumpulan pembaca anda sendiri.

Tidak perlu dilantik sebagai Ketua Pustakawan atau mempunyai puluhan juta ringgit untuk berjaya sebagai seorang usahawan buku. Yang anda perlukan ialah perancangan, kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama, makanan dan yang paling penting - buku!

Jika dirujuk pada The Reading Group Handbook tulisan Rachel W. Jacobsohn, beliau menyenaraikan beberapa langkah yang perlu diambil oleh sesebuah kumpulan pembaca ketika 'bersidang' yang lebih dikenali sebagai Rachel's Rule of Order, antaranya:

1. Ahli-ahli tidak boleh merokok semasa kumpulan pembaca ini bertemu.

2. Kanak-kanak tidak boleh mencampuri urusan pembacaan ketika kumpulan pembaca ini sedang 'bersidang.'

3. Ahli-ahli kumpulan pembaca dilarang bersosialisasi atau bersembang-sembang kosong.

4. Binatang peliharaan tidak dibenarkan berkeliaran.

5. Tiada gangguan kebisingan yang keterlaluan.

6. Tiada deringan telefon.

7. Tiada urusan kraftangan.

8. Kurangkan pergerakan ahli-ahli ketika berbicara.

Mungkin ia agak keterlaluan, tetapi percaya atau tidak, inilah antara peraturan yang telah dikenakan pada setiap kumpulan pembaca di negara-negara barat. Malah, perlu ditambah di sini, makanan dan minuman (dan kadang-kala peneraju sesebuah kumpulan pembaca menyediakan menu yang bersesuaian) juga merupakan satu peraturan yang diwajibkan bagi sesebuah kumpulan pembaca.

Namun begitu, untuk mewujudkan kumpulan pembaca di dalam masyarakat kita, mungkin tidak perlu mewujudkan peraturan-peraturan ketat seperti di atas. Sebaliknya satu perancangan yang rapi perlu diwujudkan. Mungkin jika gerakan kumpulan pembaca ini sudah serasi dan berjaya di Malaysia, maka kajian lebih mendalam perlu dilakukan untuk memantapkan kumpulan pembaca ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.