saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 29/07/2008

Tawaran kepada Pas - Bentuk kerajaan baru bersama UMNO di Perak

IPOH 28 Julai – UMNO negeri ini menawarkan kepada Pas cadangan untuk menubuhkan kerajaan negeri di Perak yang jika dapat direalisasikan bakal menjadi simbol perpaduan politik Melayu dan Islam.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali berkata, UMNO juga bersedia menerima wakil Pas sebagai Menteri Besar Perak dengan beliau sendiri tidak akan memegang sebarang jawatan dalam kerajaan kerana tidak mahu dikata hendak menguasai pentadbiran negeri.

Menurut beliau, Perak boleh menjadi medan terbaik untuk Pas dan UMNO memulakan kerjasama antara kedua-dua parti itu memandangkan penduduk negeri ini terdiri daripada pelbagai kaum berbanding Kelantan yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu.

‘‘Pada saya, kalau hendak mulakan kerjasama atau penggabungan, elok dimulakan di Perak kerana negeri ini mempunyai penduduk Melayu, Cina, India dan Orang Asli... mentadbir Perak dan Kelantan tidak sama.

‘‘Kalau boleh, wujudkan dasar-dasar macam mana hendak mentadbir. Kita boleh perluaskan kerjasama itu ke negeri-negeri lain di seluruh Malaysia dan ia membolehkan UMNO dan Pas mewujudkan dasar yang lebih praktikal kepada semua rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tajol Rosli berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin yang mengesyorkan supaya UMNO dan Pas dibubarkan bagi membuka laluan kepada penubuhan sebuah parti baru berlandaskan Islam.

Mengulas lanjut, Tajol Rosli yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak berkata, kerajaan baru Perak yang dianggotai UMNO dan Pas serta komponen BN akan mengukuhkan kerajaan negeri yang pada masa ini hanya mempunyai 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketika ini BN memiliki 28 wakil rakyat dalam DUN Perak, kurang dua kerusi berbanding pakatan pembangkang yang memerintah Perak.

Pakatan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas memerintah Perak selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas. DAP mempunyai 18 kerusi di DUN Perak, PKR memenangi tujuh kerusi, manakala Pas hanya memiliki enam wakil rakyat termasuk Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang dilantik sebagai Menteri Besar.

Tajol Rosli berkata, wakil rakyat PKR dan DAP juga boleh turut serta dalam kerajaan baru Pas-BN sekiranya mereka berminat kerana apa yang penting adalah mewujudkan kerajaan negeri yang kukuh.

Jika Pas dan BN bergabung membentuk kerajaan, ia mempunyai 34 kerusi dalam DUN Perak.

Menurut beliau, kerajaan negeri Perak hari ini dilihat begitu lemah dan ini terbukti semasa pelantikan Speaker DUN baru-baru ini apabila ada pihak terpaksa pergi dari meja ke meja untuk memastikan wakil rakyat DAP, PKR dan Pas mengundi calon yang mereka pilih.

“Kalau kita hendak wujudkan kerajaan yang stabil dan kukuh, ia mesti menggabungkan BN dalam kerajaan. Atas sebab itu, saya menerima baik syor Nik Abdul Aziz bahawa UMNO dan Pas kena bekerjasama dahulu.

“Selepas bekerjasama, terpulang kepada pucuk pimpinan parti iaitu Presiden UMNO dan Presiden Pas untuk membincangkan pembubaran kedua-dua parti itu dan tubuhkan sebuah parti politik baru bagi mewakili orang Islam dan kaum bumiputra,” ujar beliau.

Katanya, kerjasama antara UMNO dan Pas adalah penting untuk mewujudkan kestabilan politik bagi membolehkan Malaysia dan Perak mencapai status negara dan negeri maju pada 2020.

“Sebenarnya, perpecahan orang Melayu di Malaysia tidak akan dapat mewujudkan kestabilan politik bagi negara ini.

“Kita mesti mula dengan kerjasama antara kaum dahulu. Jika orang Melayu tidak boleh bersatu, bagaimanakah kaum-kaum lain boleh bersatu?'' katanya.

Tajol Rosli memberitahu, kerjasama dan penggabungan antara Pas dan UMNO lebih mudah berbanding gabungan Pas dengan DAP kerana perbezaaan ideologi yang ketara antara kedua-dua parti itu.

“Apabila DAP mahu mengkaji semula keanggotaan Pas dalam pakatan pembangkang, kita memberi laluan kepada Pas untuk bekerjasama membentuk kerajaan negeri di Perak,” katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.