saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 29/07/2008

Ya'cob berniat membunuh Along - pendakwa raya

29/07/2008 3:04pm

PUTRAJAYA 29 Julai - Mahkamah Rayuan diberitahu, Lans Koperal Mohamed Ya'cob Demyati memang berniat membunuh penyanyi kumpulan Spoon, Sabi'ul Malik Shafiee atau Along berdasarkan penemuan rangka mangsa di kawasan sunyi, walaupun tiada saksi yang melihat pembunuhan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud berhujah, keterangan yang dikemukakan pada perbicaraan lalu menunjukkan anggota polis tersebut berniat menyembunyikan kematian Along daripada pengetahuan umum ekoran rangkanya dijumpai di kawasan yang tidak didiami orang.

Along yang popular dengan lagu `Rindu Serindu-Rindunya' dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999 dan polis kemudian menjumpai rangka manusia dipercayai penyanyi itu, yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, Negeri Sembilan pada 6 Januari 2000.

``Perayu berniat melakukan pembunuhan kejam menggunakan kepakarannya sebagai anggota terlatih dalam Unit Tindakan Khas (UTK) dan dia cukup mahir dengan selok belok hutan selain menyedari mangsa tidak akan mampu hidup lama tanpa makanan,'' ujarnya.

Awang Armadajaya ketika berhujah turut meminta mahkamah meneliti kesanggupan Mohamed Ya'cob menunjukkan kepada polis tempat mayat Along dibuang sedangkan akal manusia tidak akan mampu mengetahui lokasi kawasan tersebut.

Sehubungan itu katanya, Mahkamah Tinggi Seremban betul ketika mensabitkan perayu dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadapnya pada 10 April 2002.

Mohamed Ya'cob dari cawangan pengawal pengiring Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, berasal dari Taman Keramat Wangsa, Kuala Lumpur, dituduh membunuh Sabi'ul Malik, 19, di tepi jalan di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras pada 1 pagi, 26 Disember 1999.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datin Paduka Zaleha Zahari bersama Datuk Wan Adnan Muhamad dan Datuk Ahmad Maarop yang mendengar rayuan tersebut menetapkan 4 Ogos ini bagi mendengar hujahan semula peguam Markhan Singh yang mewakili perayu. - Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.