saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 29/07/2008

Mufti Shuib meninggal dunia

29/07/2008 9:33pm

KUALA LUMPUR 29 Julai Bekas Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Mufti Shuib meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Kampung Melayu Ampang, di sini kira-kira pukul 6 petang ini.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang di sini pukul 10 pagi esok.

Allahyarham yang merupakan bapa mertua kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azman Wahid, meninggalkan seorang isteri, Datin Norlia Osman serta empat anak lelaki dan dua anak perempuan.

Allahyarham, 68, berasal dari Kampung Baru di sini memegang jawatan Ketua UMNO bahagian berkenaan sejak 1986 hingga 2008.

Bagaimanapun, beliau melepaskan jawatan tersebut seminggu selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac lalu.

Allahyarham Mufti menjadi wakil rakyat Ampang dari 1986 hingga 2004 serta pernah dilantik anggota Exco kerajaan negeri Selangor ketika Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menjadi Menteri Besar.

Sebelum itu, beliau juga pernah menyandang jawatan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Ahmad Razali dari 1982 hingga 1986.

Semasa hayatnya, Allahyarham sangat terkenal di kalangan ahli serta pemimpin UMNO kerana lantang bersuara dan berhujah malah sering kali mewakili Selangor ketika membahaskan usul pada perhimpunan agung parti itu. - Utusan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.