saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 31/07/2008

MAA: Jangka jualan kenderaan baru merosot

PETALING JAYA 30 Julai - Persatuan Automotif Malaysia (MAA), menjangka jumlah jualan industri (TIV) bagi kenderaan baru di negara ini menurun sebanyak 16.5 peratus atau 45,874 buah bagi setengah tahun kedua 2008.

Presidennya, Datuk Aishah Ahmad berkata sebahagian besar penurunan itu berpunca daripada kemerosotan 28 peratus dalam jualan kenderaan perdagangan diikuti penyusutan 0.5 peratus kereta penumpang.

Beliau berkata, antara faktor-faktor yang diambil kira dalam unjuran itu adalah kesan daripada harga minyak, inflasi dan kos bahan mentah yang tinggi, kenaikan kadar faedah sewa beli bagi jenama kereta bukan nasional dan penurunan mudah tunai berikutan pasaran saham yang lemah.

Sementara itu, bagi tempoh enam bulan pertama 2008, TIV kenderaan baru meningkat 25.9 peratus kepada 277,973 buah daripada 220,739 bagi tempoh yang sama pada 2007.

Jualan kenderaan penumpang berjumlah 254,252 buah pada tempoh enam bulan pertama tahun ini dan menyumbang 91.5 peratus bahagian daripada TIV, kata Aishah dalam satu taklimat media di sini, hari ini.

Bahagian ini tinggi sedikit berbanding 91 peratus bagi tempoh yang sama pada 2007 dengan kuantiti jualan 220,739 buah.

Sejumlah 23,721 buah kenderaan perdagangan dijual pada tempoh enam bulan pertama tahun ini menyumbang 8.5 peratus kepada TIV.

"Bahagian itu rendah sedikit berbanding sembilan peratus yang dicapai pada tempoh yang sama 2007 dengan kuantiti jualan 20,287 buah," katanya.

Jumlah kuantiti pengeluaran bagi setengah tahun pertama 2008 meningkat 26.7 peratus kepada 263,222 buah berbanding 207,826 buah bagi tempoh yang sama tahun lepas. Pengeluaran kenderaan penumpang pada setengah tahun pertama 2008 naik sebanyak 27.1 peratus kepada 240,572 buah berbanding 189,336 buah sebelumnya.

Pengeluaran kenderaan perdagangan bagi setengah tahun pertama juga berkembang sebanyak 22.5 peratus kepada 22,650 buah berbanding 18,490 buah sebelumnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.