saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 01/08/2008

Lesen papan iklan baru di Petaling Jaya dibeku

PETALING JAYA 31 Julai - Kerajaan negeri Selangor mengarahkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membekukan semua permohonan lesen papan iklan luar yang baru di seluruh kawasan pihak berkuasa tempatan itu.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Roslan Sakiman berkata, pembekuan tersebut adalah bagi memudahkan kerajaan negeri mengenal pasti papan iklan yang mempunyai lesen dan sebaliknya.

Selain itu, katanya, langkah itu juga adalah bagi menghindarkan kewujudan papan iklan yang tidak teratur sehingga mencacatkan pemandangan.

Bagaimanapun, ujarnya, kesemua papan iklan yang memaparkan unsur-unsur 'mesra rakyat' dan ditaja oleh parti politik akan diturunkan dengan segera.

Katanya, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) diminta mengemukakan laporan penuh berkenaan papan-papan iklan untuk tindakan lanjut kerajaan negeri.

"Kita dapati sebahagian besar papan iklan di kawasan Petaling Jaya tidak mempunyai lesen sementara atau lesen daripada MBPJ. Oleh itu, kita mahu membersihkan papan iklan haram ini menerusi proses pemutihan.

"Pelaksanaan ini pastinya memberi kesan yang baik kepada persekitaran memandangkan banyak papan iklan tanpa lesen serta diletakkan di kawasan yang tidak sesuai akan diturunkan," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan di Menara MBPJ di sini, hari ini.

Roslan berkata, bagi mengelakkan kecelaruan, lesen sementara untuk iklan hanya boleh dipohon oleh MBPJ manakala syarikat yang hendak mengiklan perlu menyewa ruang itu daripada MBPJ.

"Mana-mana syarikat yang ingin menggunakan tanah kerajaan untuk meletakkan papan iklan harus menyewa serta mendapatkan lesen untuk menggunakan kawasan tersebut dan kawasan itu mesti diluluskan oleh kerajaan negeri.

"Bagi tanah persendirian pula, kebenaran bertulis daripada MBPJ perlu ada, di samping perlu mendapat kebenaran pemilik tanah dan perlu mengemukakan permohonan merancang," katanya.

Beliau berkata, bagi papan iklan yang mempunyai kebenaran merancang serta sesuai untuk diteruskan, MBPJ akan memohon lesen sementara untuk mereka dan syarikat terbabit perlu menyewa papan iklan tersebut daripada MBPJ untuk satu tempoh masa tertentu.

Roslan berkata, selepas kerajaan negeri mendapat laporan tentang situasi papan iklan di Petaling Jaya dan setelah semua papan iklan haram dihapuskan, barulah permohonan lesen baru akan dibuka.

Sepanjang tahun lalu, ujarnya, MBPJ telah menurunkan sebanyak 154 papan iklan haram di sekitar Petaling Jaya.

Dalam pada itu, bagi mengelakkan iklan-iklan kecil ditampal merata-rata tempat, beliau mencadangkan supaya diletakkan papan iklan komuniti di kawasan-kawasan tertentu bagi memudahkan iklan-iklan tersebut ditampal.

Bagaimanapun, cadangan tersebut masih di peringkat perbincangan bersama Ahli Majlis.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.