saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 02/08/2008

300 keluarga pindah ke Bukit Dagang

JOHOR BAHRU 1 Ogos - Seramai 300 keluarga di Kampung Baru Plentong Tengah yang kini tanah mereka dimiliki sebuah syarikat swasta sebenarnya telah diberikan penempatan baru iaitu di Kampung Bukit Dagang, Ulu Tiram, di sini.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau juga sedang berusaha mencari penempatan sementara di beberapa kawasan seperti di Flat Sri Stulang, Bandar Seri Alam dan Taman Cendana yang mempunyai lebih 200 buah rumah untuk dibeli atau disewa oleh penduduk kampung tersebut.

"Sebelum ini pun, pihak pemaju ada menawarkan pampasan sebanyak RM10,000 dan wang pindah sebanyak RM2,000 dengan syarat penduduk tidak meneruskan proses rayuan di mahkamah selepas kalah di Mahkamah Tinggi.

"Bagaimanapun, mereka tetap dengan keputusan untuk meneruskan proses rayuan berkenaan dan mahkamah juga memberikan keputusan bahawa tanah itu menjadi milik syarikat tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah syarikat televisyen swasta malam semalam yang menyiarkan rintihan penduduk kampung itu bahawa kediaman mereka akan dirobohkan pada 14 Ogos ini.

Khaled berkata, penempatan baru di Kampung Bukit Dagang itu akan dimajukan Syarikat Perumahan Negara.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa pihaknya tidak mempedulikan nasib penduduk kerana mereka sudah diingatkan bahawa wang pampasan tidak akan diberikan sekiranya kalah pada peringkat rayuan.

Utusan Malaysia difahamkan kawasan Kampung Baru Plentong itu akan dibangunkan sebuah taman perumahan baru.

Dalam pada itu, Khaled meminta penduduk supaya menerima hakikat bahawa tanah yang diduduki sejak 20 tahun lalu bukan milik mereka seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan tahun lalu.

Beliau berkata, tanah tersebut kini menjadi milik syarikat persendirian yang akan memajukan kawasan berkenaan.

Sementara itu, seorang penduduk kampung, Taslim Nani, 53, berkata, semua penduduk kampung berkenaan menerima keputusan mahkamah dengan hati terbuka, namun mereka menuntut supaya diberikan sedikit masa sehingga kawasan perumahan di Kampung Bukit Dagang itu disiapkan.

"Kami bukan tidak mahu pindah, tetapi berilah kami masa sehingga penempatan baru itu siap sepenuhnya," katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Ayub Kasdi, 52, turut memohon agar mereka tidak dipisahkan dengan menyediakan beberapa buah penempatan sementara.

"Kami perlu bersatu supaya hak kami tidak akan diperlekehkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.