saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 03/08/2008

Pembekal Nike didakwa aniaya pekerja

SAN FRANCISCO 2 Ogos - Pengeluar kasut dan pakaian sukan terbesar di dunia, Nike Inc sedang memantau sebuah kilang pembekalnya di Malaysia, selepas siasatan mendedahkan pekerja di kilang itu diberi tempat tinggal yang "substandard" dan gaji mereka dipotong.

Dakwaan mengenai penganiayaan terhadap pekerja di kilang Hytex Apparel, yang membuat pakaian untuk Nike sejak 14 tahun lalu itu, didedahkan oleh media, menurut Nike semalam.

"Siasatan kami mengesahkan berlaku pencabulan serius Nike di kilang Hytex," kata Naib Presiden Tanggungjawab Korporat bagi Nike, Hannah Jones dalam satu kenyataan.

Kilang itu mengambil kira-kira 1,200 pekerja yang memenuhi syarat umur minimum tetapi menghuni tempat tinggal "yang tidak boleh diterima", sementara pasport mereka ditahan, selain gaji mereka dipotong untuk membayar yuran agensi, menurut Nike.

Kilang Hytex itu membekalkan kemeja-T kepada Nike dan jenama pakaian lain.

Jones menegaskan, kilang berkenaan diletakkan di bawah pemantauan rapi oleh Nike, sementara menunggu arahan dilaksanakan perubahan polisi.

Pekerja asing akan dibayar balik yuran berkaitan dengan pekerjaan termasuk yuran ejen dan permit kerja, manakala tambang udara akan diberikan kepada pekerja yang ingin pulang ke negara asal, jelas Nike.

Pekerja akan dipindahkan dalam masa sebulan ke tempat tinggal yang diluluskan oleh Nike dan akan dibenarkan menggunakan talian kecemasan 24 jam yang dikendalikan oleh Nike, sekiranya pasport mereka ditahan lagi, menurut syarikat itu.

Penutupan hilang Hytex itu merupakan langkah terakhir, kata Jones.

Nike akan mengkaji semula semua 34 kilang kontraknya di Malaysia dalam tempoh 10 hari akan datang dan mewajibkan mereka melaksanakan yang dasar sama seperti di Hytex.

- Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.