saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 04/08/2008

Prowaris minta Samy dedah laporan perunding

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Pertubuhan Generasi Profesional Pewaris Bangsa (Prowaris) meminta bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu mendedahkan laporan hasil siasatan syarikat perunding, Halcrow Group Limited (Halcrow) berhubung masalah keretakan jejambat di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) antara Kepong - Selayang di sini.

Halcrow diberi tanggungjawab melakukan siasatan teknikal ke atas MRR2 pada 2006 dan seterusnya mengambil langkah untuk mengatasi masalah itu setelah dua kali keretakan berlaku di laluan tersebut.

Presiden Prowaris, Feriz Omar berkata, hanya pendedahan laporan itu mampu membantu kerajaan dan pihak-pihak terbabit bagi mengetahui punca sebenar masalah-masalah keretakan di laluan tersebut serta membetulkannya.

''Samy Vellu sepatutnya mendedahkan hasil laporan syarikat perunding Halcrow, tetapi sehingga kini, kita masih belum mendengar apa-apa mengenainya.

Menyembunyikan''Tindakan Samy itu seperti beliau mahu menyembunyikan sesuatu," dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas masalah keretakan pada salah satu rasuk tiang jejambat MRR2 berhampiran Stesen Komuter Kepong, di sini, yang ditutup setelah tiga daripada 18 batang 'carbon fibre reinforced plastic' (CFRP) pra-tegasan yang dipasang pada struktur itu putus.

Sehubungan itu, Feriz menegaskan, Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed perlu mendapatkan laporan tersebut daripada Samy supaya masalah keretakan jejambat di MRR2 tidak akan timbul lagi pada masa hadapan.

Beliau menambah, penggunaan CFRP hanya akan menyelesaikan masalah keretakan buat sementara, bukan selama-lamanya.

''Ini (keretakan) ialah masalah struktur. Jika laporan Halcrow tidak didedahkan dan diteliti, saya yakin gejala keretakan jejambat di MRR2 tidak akan selesai," tegasnya.

Jejambat yang menghubungkan antara Kepong dan Selayang ke Kuala Lumpur serta jalan di bawahnya ditutup kepada semua lalu lintas sejak pukul 10.30 pagi ini berikutan keretakan pada rasuk salah satu tiangnya dan dibuka semula petang ini.

Laluan itu ditutup buat pertama kali pada Ogos 2004 kerana masalah keretakan rasuk tiangnya dan pada Februari 2006, ia sekali lagi ditutup berikutan masalah sama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.