saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 04/08/2008

MAA tiada yang indah

APABILA Malaysia diumumkan sebagai tuan rumah bagi acara Anugerah MTV Asia (MAA) edisi keenam, pastinya ramai yang menarik nafas lega dan tidak pula yang menyambut berita baru itu dengan penuh gembira.

Mengapa? Sejak MAA diperkenalkan pada tahun 2002, hanya dua buah negara sahaja iaitu Singapura dan Thailand yang menjadi pilihan saban tahun sehingga mengundang pertanyaan dan persoalan oleh sesiapa sahaja.

Soal mereka, mengapa hanya Singapura dan Thailand sahaja yang menjadi pilihan. Tidak layakkah negara Asia yang lain menjadi tuan rumah untuk MAA?

Siapalah kita untuk memberikan jawapan kepada persoalan itu kerana semuanya terletak di tangan pihak MTV Asia dalam menentukan negara yang paling layak dan gah dalam penganjuran MAA yang dicanangkan sebagai paling berprestij seantero Asia.

Entah mengapa setiap kali ada acara anugerah besar antarabangsa yang diadakan di Malaysia, pastinya pelbagai isu dan masalah yang besar akan timbul. MAA kali ini juga tidak terlepas daripada permasalahan ini.

Masalah besar yang dihadapi oleh pihak media tempatan adalah apabila media tempatan telah dilayan seperti kelas kedua dan seolah-olah dipinggirkan.

Bukan itu sahaja, masalah untuk mendapatkan pas masuk untuk membuat liputan juga dihadapi oleh kebanyakan media yang berpunca daripada pihak yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan cekap dengan pantas. Apabila ditanya, pelbagai alasan yang tidak munasabah serta tidak masuk akal diberikan.

Bukanlah media tempatan untuk meminta dilayan seperti raja tetapi biarlah adil seperti mana yang dilakukan oleh pihak media dari negara Asia yang lain. Sudahlah negara sendiri yang dipilih sebagai tuan rumah, boleh pula mereka melayan anak tempatan sedemikian rupa.

Ingatkan perkara sebegini sahaja yang berlaku sewaktu MAA di adakan di negara ini, tetapi rupanya, ia adalah masalah yang sama dihadapi oleh media tempatan sejak MAA diadakan.

Berbalik kepada MAA yang telah diadakan pada malam Sabtu lalu di Arena of Stars, Genting Highlands, apabila menonton menyaksikan sendiri acara yang kononnya paling gah itu, pelbagai andaian yang telah dibuat.

Ungkapan bosan, jelik dan tiada impak itulah yang terpacul dari mulut penulis selepas dua setengah jam terseksa di dalam arena dengan perjalanan MAA yang semakin ‘busuk’ dan memualkan.

Mungkin penonton di rumah yang menyaksikan siaran tertundanya menerusi saluran MTV (Saluran 713, Astro) akan dapat merumuskan bahawa MAA begitu hebat, gah dan meriah di kaca televisyen tetapi ia hanya indah khabar dari rupa.

Pada sesetengah peminat mereka tidak mempedulikan sama ada acara itu hebat atau tidak kerana apa yang lebih penting buat mereka adalah dapat menonton dan menyaksikan persembahan artis antarabangsa di depan mata mereka. Malah, mereka juga mungkin akan berkata bila lagi acara hebat sebegini akan bertandang lagi ke Malaysia.

Masing-masing ada persepsi tersendiri tetapi sebenarnya, MAA tidak lebih dari hanya sekadar sebuah persembahan biasa sahaja. Entah mengapa, semangat dan kehangatan sebagai sebuah acara anugerah itu langsung tidak dirasai.

Kolaborasi dua pengacara iaitu Jared Leto dan Karen Mok juga tidak memberikan sebarang keserasian. Kehadiran mereka juga sebenarnya tiada impak yang boleh dibanggakan.

Tidak dinafikan dua atau tiga tahun pertama, MAA mampu dilihat sebagai sebuah anugerah yang berprestij terutama sekali apabila ia dianggap sebagai sebuah platform untuk memperkenalkan artis Asia ke seluruh dunia.

Tetapi tidak bagi tahun ini kerana apa yang telah berlaku dan disediakan oleh MTV Asia cukup menyedihkan. Sepatutnya dengan membawa nama Asia itu, artis dari benua inilah yang patut di bawa ke depan dengan memberi peluang membuat persembahan.

Bayangkan, tiada langsung artis dari Malaysia mahupun Indonesia yang diberi peluang untuk membuat persembahan secara solo mahupun duet.

Hanya Pop Shuvit sahaja yang diberi peluang keemasan itu tetapi ia hanyalah sekadar sebuah persembahan khas yang menyaksikan kolaborasi dengan kumpulan rap dan hip hop dari negara Asia yang lain.

Tiada lagi saat kegemilangan seperti mana yang pernah dicipta oleh penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza apabila diberi peluang berduet dengan penyanyi antarabangsa, Gareth Gates menerusi lagu Say It Isn’t So pada tahun 2004.

Malah, setahun selepas itu, Siti juga berjaya memukau seluruh Asia menerusi vokal emasnya menerusi lagu Seindah Biasa apabila membuat persembahan secara solo pada majlis yang sama.

Apakah artis Malaysia tidak cukup hebat dan berbakat untuk membuat persembahan? Sedangkan bumi bertuah ini yang menjadi tuan rumah dan sepatutnya, artis Malaysia yang seharusnya diutamakan.

Bukan untuk meminta lebih tetapi apa salahnya jika seorang dua artis tempatan yang membuat persembahan. Misalnya, tidak ada salahnya kalau pentas MAA disemarakkan dengan persembahan oleh Faizal Tahir yang turut dicalonkan sebagai Artis Pilihan Malaysia.

Bukankah muzik yang dibawakan oleh Faizal Tahir adalah sesuatu yang baru dan segar serta menepati citarasa remaja hari ini?

Seperkara lagi, apabila melihat nama Jaclyn Victor di atas skrin, ingatkan penyanyi bersuara lantang itu akan membuat persembahan tetapi hanyalah sekadar menjadi penyampai anugerah sahaja.

Seharusnya perkara sebegini tidak dipandang sebelah mata oleh semua pihak yang terlibat. Bukan untuk menuding jari kepada sesiapa tetapi apabila melibatkan perkara sebegini, kita seharusnya bertegas. Akhirnya yang berlaku adalah kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Lebih ‘menarik’ dan ‘membanggakan’ adalah apabila setiap artis yang membuat persembahan semuanya diberi peluang menyampaikan dua buah lagu.

Malah, hampir kesemua persembahan artis-artis yang terlibat tiada langsung boleh dianggap sebagai talk of the town. MAA tidak ubah seperti sebuah showcase khas sahaja.

Lebih menyedihkan dan kasihan apabila sekumpulan pemuzik tempatan yang memainkan alatan muzik tradisional hanya mengiringi persembahan kumpulan The Click Five yang tidak sampai lima minit sahaja. Itu pun pada permulaan lagu sahaja.

Kesimpulannya, MAA langsung tidak memberikan impak yang besar dan bermakna tetapi hanyalah sekadar sebuah anugerah suka-suka sahaja. Tiada apa yang boleh dibanggakan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.