saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 04/08/2008

Inti pati idea penggunaan semula barangan terpakai

Dalam dunia yang semakin mencabar, pelbagai isu dan cabaran seperti isu kepanasan dunia, krisis makanan, kenaikan harga petroleum, di samping isu-isu semasa lain seperti peperangan, ekonomi, malah sosio politik menghantui manusia. Isu-isu ini sekiranya tidak ditangani secara berhemah dan bijak, tentunya akan menjadi satu malapetaka kepada manusia. Pengurusan sampah juga tidak terkecuali.

Menurut KC Leong di dalam bukunya, The Essence of Asset Management - A Guide, seharusnya tidak ada perkataan sampah dalam ekosistem dunia. Ini kerana ekosistem yang sempurna secara sendirinya akan mengitar semula bahan-bahan yang terhasil untuk dijadikan semula sebagai tanah.

Namun, mengikut beliau lagi, sampah hanya akan wujud kerana ketidakcekapan dan sifat tidak endah manusia dalam mengurus kehidupan seharian mereka.

Pengurusan sampah amat penting dalam sesebuah masyarakat yang bertamadun. Sering kali kita dicanangkan tentang program kitar semula. Tong-tong kitar semula yang berwarna-warni telah banyak diletakkan di serata kawasan.

Namun, sering kali juga tong-tong itu hanya dijadikan sarang nyamuk bertelur atau disalah guna sebagai tong sampah 'biasa'.

Kitar semula merupakan salah satu daripada elemen penting dalam hierarki pengurusan sampah. Seharusnya, sesebuah komuniti perlu bermula dengan pengurangan sampah. Beyond Recycling - A Re-user's Guide (336 practical tips save money and protect the environment), tulisan Kathy Stein merupakan antara buku yang wajar dibaca.

Terdapat hampir 70 barang yang dibincangkan oleh penulis. Hampir keseluruhan barangan yang dibincangkan di dalam buku ini merupakan barangan harian yang digunakan oleh setiap individu.

Menurut Kathy, kitar semula sahaja tidak mencukupi. Ini adalah kerana peratusan sampah yang dihasilkan sentiasa bertambah dari tahun ke tahun. Maka, kita perlu mencari beberapa kaedah lain yang mampu membantu mengurangkan jumlah sampah yang dihasilkan.

Dan tentunya, pengurangan sumber sampah dan penggunaan semula barangan tersebut antara langkah alternatif yang boleh dilakukan.

Buku ini menawarkan cara-cara untuk mengoptimumkan penggunaan sesebuah barangan dan bagaimana ia boleh digunakan semula, sama ada dalam bentuk yang baru ataupun dalam bentuk sedia ada.

Menurut Kathy lagi, kitar semula memerlukan sejumlah tenaga yang digunakan untuk proses kitar semula. Manakala guna semula menggunakan kurang tenaga jika dibandingkan dengan kitar semula.

Dalam keadaan ekonomi negara dan dunia yang tidak menentu ini, juga suasana iklim dunia yang semakin mencabar, maka program-program kesedaran alam sekitar perlu disuburkan dalam sesebuah masyarakat.

Program kitar semula mula mendapat perhatian masyarakat. Manakala program guna semula perlu diberi perhatian secara lebih serius.

Kegilaan masyarakat Malaysia membeli, apatah lagi di saat-saat perayaan perlu dinilai semula. Faktor ekonomi dan kenaikan harga minyak perlu dilihat secara lebih kritis.

Pembelian barangan baru mungkin diperlukan, namun begitu barangan lama yang difikirkan sudah tidak berguna, perlu diberikan wajah baru atau dijual sebagai barangan terpakai.

Misalnya, sofa yang sudah rosak dan difikirkan sebagai ketinggalan dari segi fesyennya, perlu diperbetulkan dan dijual sebagai barangan terpakai. Ia lebih menjimatkan daripada dibuang terus. Inilah inti pati kepada idea penggunaan semula barangan terpakai.

Beyond Recycling juga membantu para pembaca dan pengguna barangan rumah dengan mengemukakan idea-idea yang kreatif untuk mengguna pakai sesebuah barangan secara optimum. Misalnya bagi pemilik kereta, langkah-langkah penjimatan dikemukakan, seperti penukaran minyak pelincir secara teratur dan mengikut masa, pemeriksaan tayar kereta setiap bulan yang boleh membantu menjimatkan minyak, membaca manual kereta dan mengikuti setiap arahan pengeluar kereta, dan memeriksa sistem hawa dingin pada setiap dua tahun.

Seharusnya sebagai pengguna dan masyarakat Malaysia yang prihatin terhadap suasana ekonomi dan alam sekitar perlu merancang dan mempraktikkan kaedah guna semula barangan secara optimum.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.