saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 04/08/2008

Mohd. Nor bebas jaminan RM3,000

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Calon Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mohd. Nor Awang yang ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki memberi sogokan wang RM500 kepada seorang ahli UMNO di Seremban petang semalam, dibebaskan dengan jaminan RM3,000 malam tadi.

Ibu Pejabat BPR yang dihubungi hari ini mengesahkan pembebasan Mohd. Nor itu.

Mohd. Nor yang ditahan kira-kira pukul 4.30 petang dibebaskan atas faktor kesihatan selepas tiga jam keterangannya direkodkan di Ibu Pejabat BPR Negeri Sembilan di Seremban.

Dia disiasat mengikut Seksyen 10 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun selain denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Walaupun telah dibebaskan, BPR masih boleh memanggilnya untuk diambil keterangan lanjut bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Kira-kira pukul 4.30 petang semalam, BPR Negeri Sembilan menahan Mohd. Nor sejurus selepas memberi wang sogokan bernilai RM500 kepada seorang ahli UMNO di Seremban.

Dalam kenyataannya semalam, Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull memberitahu, Mohd. Nor disyaki memberi wang tersebut kepada ahli UMNO berkenaan supaya mengundinya dalam pencalonan Ketua UMNO Seremban pada mesyuarat satu cawangan di bahagian itu.

Difahamkan, Mohd. Nor yang kini merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban ditahan di tempat letak kereta pusat beli-belah Centre Point di Seremban.

Penahanan beliau merupakan kes pertama membabitkan calon yang bertanding bagi pemilihan UMNO untuk penggal 2008/2011 kerana dakwaan politik wang.

Sehingga semalam, Mohd. Nor telah mendapat 13 pencalonan, manakala lawannya yang juga penyandang jawatan Ketua Bahagian UMNO Seremban, Datuk Ishak Ismail memperoleh sembilan pencalonan selepas 22 daripada 67 cawangan mengadakan mesyuarat masing-masing.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.