saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 05/08/2008

Ady menyanyi sekadar hobi

BERTAHUN sudah pelakon kacak dari Singapura ini meneroka kerjaya seninya di bumi Malaysia. Pantas mengejar dunia penuh glamor, dirinya cukup laku di pentas lakonan.

Membintangi beberapa filem seperti Anak Halal, Akhirat, Histeria dan 1957: Hati Malaya, dia sememangnya diberikan ruang yang luas untuk mengembangkan bakat.

Bukan setakat filem, jejaka berusia 27 tahun ini juga tidak kalah untuk muncul di beberapa buah drama.

Begitulah murahnya rezeki Ady Putra walaupun penglibatannya dalam industri hiburan di negara ini baru berusia enam tahun.

Dalam diam, selama tempoh itu juga, Ady tidak kering usaha untuk memahat nama sebagai artis versatil.

Mencipta lirik dan menyanyi, Ady sudah memiliki 13 koleksi buah lagu yang menampilkan kepelbagaian konsep.

“Lagu-lagu itu ada yang disumbangkan oleh antaranya Ramli Sarip dan Zul 2 By 2. Sebenarnya, saya tidak berhasrat untuk memuatkan semua lagu itu dalam sebuah album,’’ katanya kepada Hits baru-baru ini.

Ujar Ady, lagu-lagu dalam simpanan koleksinya itu hanyalah untuk dijadikan sebagai lagu tema kepada mana-mana drama atau filem terbitan syarikat produksi.

Jelasnya, alasan tidak memuatkan semua lagu itu dalam sebuah album adalah lantaran daripada pasaran album masa kini.

“Memang agak lembap (pasaran album). Oleh yang demikian, lagu-lagu itu baik saya salur kepada drama atau filem sebagai lagu tema.

“Menyanyi bagi saya hanyalah suka-suka tetapi kalau sudah ditakdirkan satu hari nanti, apa salahnya,’’ katanya.

Ady jadi Tanggang?

Menafikan kewujudan ibu bapa, dia sememangnya amat mengimpikan untuk menjadi seorang yang kaya.

Malah, dirinya juga mahukan seorang isteri yang datang daripada keluarga berada.

Berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara serta berkahwin dengan seorang gadis kaya, namun, setelah itu, dia lupa diri.

Itulah dirinya yang tidak ubah seperti Tanggang yang akhirnya disumpah menjadi batu lantaran lupa kepada jasa ibu.

Bagaimanapun, ia bukanlah merujuk kepada Ady tetapi ia cuma lakonannya menerusi drama siri terbaru di TV3, Akukah Tanggang?.

Akukah Tanggang? merupakan drama terbitan Pena Creative Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Mohd. Hitler Zami.

Siri 18 episod itu mula bersiaran 28 Julai lalu menerusi slot Lagenda iaitu pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 4.30 petang.

Selain Ady, Akukah Tanggang? dimantapkan dengan barisan pelakon seperti Fauziah Nawi, Aida Radzwill, Datuk Jalaluddin Hassan, Wan Hanafi Su, Fizz Fairuz dan Almy Nadia.

Menariknya, dua lagu tema drama tersebut iaitu Warna Dunia dan Kelahiran adalah dicipta serta dinyanyikan sendiri oleh Ady.

“Menerusi komen pihak TV3, mereka amat berpuas hati dengan watak yang saya lakonkan dalam drama berkenaan.

“Sememangnya saya sudah biasa membawakan watak jahat,’’ katanya.

Impian timang cahaya mata

Tanggal 21 April 2006 merupakan detik yang pasti tidak dapat dilupakan oleh Ady.

Melangsungkan perkahwinan bersama Aida Yusof, kini sudah lebih dua tahun mereka hidup sebagai suami isteri.

Sungguhpun begitu, pasangan tersebut masih belum dikurniakan cahaya mata.

Kepingin dikurniakan zuriat, Ady berkata: “Belum ada rezeki. Kami sentiasa berdoa moga dikurniakan cahaya mata.”

Ady Putra vs Aaron Aziz

Baru-baru ini, Ady dan rakan senegaranya iaitu pelakon Aaron Aziz dikatakan bermasam muka, bergaduh dan saling mencemburui kejayaan antara satu sama lain.

Entah dari mana cerita itu bermula, namun bagi Ady, dia tidak menghadapai sebarang masalah dengan Aaron.

Tidak menolak kemungkinan ada pihak yang dengki dan cuba melaga-lagakan antaranya dan Aaron, Ady berkata, itu adalah tindakan yang tidak sihat.

“Saya tidak ambil kisah sangat. Apa yang penting, saya dan Aaron berkawan seperti biasa. Tujuan saya datang ke Malaysia hanyalah untuk kembangkan bakat,’’ tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.