saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 06/08/2008

“Inul tak perlu menangis” – Mas


WALAUPUN hidup bersendirian, Mas Idayu tetap bahagia.


PENYANYI dangdut terkenal tanah air, Mas Idayu tidak memerlukan lagi pengenalan panjang lebar. Seluruh peminat seni mengenali penghibur yang sudah 16 tahun aktif berkarya.

Memulakan karier sebagai penyanyi sejak usia 20 tahun, kerjaya seni Mas penuh warna-warni. Kegembiraan, kesedihan, kontroversi dan sebagainya yang dilalui Mas, 36, selama menjadi artis membuatkan dia kini kebal daripada seb arang masalah yang melanda terhadapnya.

Biarlah apa sahaja yang berlaku termasuk tuduhan bermulut ‘laser’ dan sebagainya, dia tetap tabah menghadapi apa jua dugaan mendatang.

Selama penglibatannya dalam dunia hiburan, Mas pernah menghasilkan 10 buah album dan cukup dikenali menerusi lagu antaranya Cintaku 100% dan Selangit.

Meski goyang dangdutnya tidaklah menyamai goyang gerudi Inul Daratista dari Indonesia, namun, Mas mempunyai keistimewaan tersendiri yang selalu disebut-sebut iaitu teknik memegang mikrofon.

Ia membuatkan imej Mas berbeza berbanding penyanyi dangdut lain. Malah, tidak keterlaluan andai dikatakan Mas merupakan satu-satunya artis dangdut yang masih aktif memperjuangkan irama itu.

Bertemu Mas baru-baru ini, banyak cerita dikongsi dengannya.

Namun, reaksi Mas berhubung isu pembatalan konsert Inul di Johor Bahru dan Kuala Lumpur baru-baru ini, antara yang menarik perlu dikongsi dengan pembaca.

Tak payah bersedih
Ketika ramai yang bersimpati dengan Inul kerana tidak dapat menjayakan persembahannya di hadapan peminat-peminatnya di negara ini, pendirian Mas wajar diberi perhatian yang serius.

Mas dan Inul merupakan dua nama besar di negara masing-masing.

Kedua-dua penyanyi dangdut itu bagaimanapun, berada dalam liga tersendiri.

Mas memilih berdangdut secara sederhana sedangkan ‘gerudi’ dangdut Inul pula ‘mencemaskan’ banyak pihak.

Lalu, apabila Inul gagal mengadakan persembahan di sini, ia bukan suatu hal yang perlu dicetuskan sensasi kata Mas.

Mas hairan kenapa ramai benar yang terkejut apabila Inul tidak diberi peluang beraksi di konsert solo di kedua-dua negeri itu.

“Dia (Inul) orang luar jadi anggaplah ia sebagai perkara biasa. Saya di negara sendiri pun kadang-kadang tidak dibenarkan mengadakan persembahan di tempat-tempat tertentu.

“Jadi, tidak payahlah hendak bersedih-sedih, nak menangis. Baru-baru ini, persembahan saya dan Ella mendapat bantahan, kami tak menangis pun,” kata Mas menerangkan pendiriannya yang sarat dengan maksud yang mendalam.

Seperti dirinya yang sudah lama berjuang dalam industri muzik, nasihat Mas buat Inul, terimalah keputusan itu sebagai suatu perkara yang normal.

Mengulas lanjut mengenai senario kemasukan seacara meluas artis Indonesia, Mas berpendapat, industri muzik tempatan sememangnya sudah lama diketepikan.

Artis dari negara seberang kata Mas, bukan sahaja menguasai pasaran muzik tempatan malah sewenang-wenangnya diberi peluang untuk mengadakan konsert di negara ini.

Tolong sokong industri muzik tempatan
Menurut penyanyi ini, sekian lama, artis tempatan bagaikan terpinggir di bumi sendiri lantaran sikap sesetengah pihak yang lebih menyanjung artis luar.

Lihat sahaja kepada kesanggupan sang penganjur dan penaja yang sanggup berhabis duit untuk menganjurkan konsert yang bukannya untuk artis tempatan.

Sebaliknya, artis luar diberikan keutamaan sehingga di pihak stesen radio pula begitu ghairah memutarkan lagu-lagu mereka. Mana perginya lagu-lagu artis tempatan? Tidak cukup berkualitikah mereka?

Dan sebagai anak watan, Mas mengakui, dia tidak pernah menyanjung tinggi artis luar kerana menyokong industri muzik tempatan adalah tanggungjawab bersama.

Katanya, jika kita asyik ‘mengajar’ masyarakat tempatan dengan alunan lagu-lagu luar, ia seakan-akan mengetepikan hak artis tempatan.

“Kita perlu menyanjung hasil kerja orang kita sendiri. Janganlah sampai mengetepikan mereka,” jelasnya dalam nada murung.

Menurut Mas, sudah sampai masanya masyarakat memikirkan nasib artis tempatan berbanding memberi keutamaan kepada artis luar terutamanya Indonesia.

Mas Idayu - Kekal 1001
Mula dipasarkan pada 19 Jun lalu, Mas kini tampil dengan album kompilasi terbaru berjudul selepas kali terakhir muncul dengan album pada tahun 2002.

Penghasilan Kekal 1001 dengan menyelitkan dua buah lagu baru iaitu Dengar Dengarkan dan Goda Godaan memperlihatkan betapa Mas begitu serius dan bersungguh untuk membuktikan dangdut masih ada pengaruhnya.

Selain dua lagu baru, album kompilasi itu memuatkan lagu-lagu popularnya seperti Hasrat Perindu, Bolehlah-Boleh, Senggol-Senggolan Cubit-Cubitan, Robek Hatiku dan Gelitik Cintamu.

“Kekal 1001 menampilkan dua buah lagu baru dengan elemen muzik lebih segar dan moden.

“Saya memang suka membawakan sesuatu yang baru supaya tidak membosankan pendengar,’’ katanya.

Album edaran Warner Music Malaysia ini dihasilkan atas bajet menggunakan wang titik peluhnya yang disimpannya selama ini.

Kehidupan selepas bercerai
Baru-baru ini, Mas juga pernah membuat pengakuan yang dia dan pelakon Aman Graseka sudah tidak tinggal sebumbung sebagai suami isteri.

Mula menjalani hidup secara bersendirian, namun, dirinya mengakui dia masih berkawan baik dengan bekas suaminya itu.

“Kehidupan kena berjalan seperti biasa. Sebagai insan seni, saya kena kuat dan tekadkan pendirian untuk terus giat dalam bidang seni. Walaupun ada masalah, saya tidak boleh lemah. Kalau lemah, sudah tentu saya tidak dapat menjalani kehidupan dengan baik,’’ katanya.

Dalam kesulitan melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, dia amat bertuah kerana mampu meneruskan kehidupan melalui hasil titik peluhnya dengan menguruskan studio rakaman sendiri iaitu Suara Production Mas Idayu dan bisnes keluarga yang lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.