saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 06/08/2008

FAM melangkah ke belakang?

LANGKAH menghentikan khidmat pemain import dalam Liga Malaysia mulai musim depan merupakan satu langkah terkebelakang FAM dalam merancakkan arena bola sepak tempatan.

Perkara ini bukan tidak pernah dilaksanakan, tetapi kaedah ini masih diulang pakai oleh FAM. Saya pasti selepas kemerosotan jumlah penonton kelak, pasti FAM akan membenarkan semula khidmat pemain import.

Kami rakyat Malaysia ingin tahu apakah perancangan sebenar badan tertinggi FAM terhadap bola sepak Malaysia. Jangan hanya hangat-hangat tahi ayam.

Apabila kantung persatuan mulai kering, baru khidmat pemain import diperkenalkan semula. Kami letih melihat perancangan demi perancangan yang hanya tinggal sejarah.

Pada pandangan saya, jika dihadkan hanya satu atau dua pemain import pun sudah memadai. Tidak semua pemain import setanding pemain tempatan. Lihat pemain seperti Marlon Alex James, dia sangat digeruni lawan.

Kita mahu persaingan antara pemain tempatan dan import. Jika tidak, pasti pemain tempatan akan berasa lega tanpa ada persaingan merebut tempat kesebelas utama.

Kenyataan Majlis FAM mengenai pemain import tidak mencapai mutu permainan dan gagal menarik kehadiran penonton ke stadium adalah sesuatu yang boleh disangkal. Lihatlah dahulu tanpa pemain import, stadium lengang; sudahnya pemain import kembali dibenarkan dan barulah stadium kembali bernafas.

Bola sepak kita tidak akan pergi jauh jika kita disajikan bola sepak 'kelas kampung'.

Saya harap Majlis FAM akan menukar fikiran sebelum pemain import seperti Carlos Caceres dan Frank Seator angkat kaki meninggalkan bola sepak Malaysia.

AHMAD TARMIZI TALIB
Sri Aman, Sarawak

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.