saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 10/08/2008

MTV Asia 2008 di Kuala Lumpur

Banyak yang suka apabila Kuala Lumpur dipilih sebagai tuan rumah Anugerah MTV minggu lalu. Ada juga yang bangga dengan pemilihan itu apa lagi ia sudah masuk enam kali dianjurkan.

Wanda pernah berkesempatan membuat liputan MTV Asia di Bangkok biarpun ia dilangsungkan dalam suasana penuh sederhana kerana menghormati tragedi tsunami.

Ketika itu Siti Nurhaliza mendapat peluang menyampaikan lagunya secara solo di pentas yang turut disiarkan di seluruh dunia itu.

Tapi bila majlis gilang gemilang itu tiba di sini, terdengar pula suara-suara kurang senang dengan layanan penganjur khususnya yang diterima pihak media tempatan selepas tamat acara yang memilih Arena of Stars, Genting Highlands sebagai lokasinya.

Memang menjadikan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah bermakna mempromosikan nama Malaysia di peta dunia kerana acara itu turut ditonton lebih 291 juta orang penduduk di seluruh dunia.

Dan sudah pasti, jika kita sebagai tuan rumahnya, logiknya artis-artis dari Malaysia diberi kesempatan untuk membuktikan kemampuan mereka menyanyi bukan menyampaikan trofi.

Malang sekali, acara penuh gemilang rantau ini yang dikendalikan oleh penyanyi utama kumpulan 30 Second To Mars, Jared Leto bergandingan dengan Karen Mok nampaknya tidak pula menjadikan artis tempatan kita sebagai artis yang membuat persembahan penuh.

Hatta Siti Nurhaliza yang pernah menggondol trofi bagi kategori Artis Pilihan Malaysia empat kali berturut-turut tidak berpeluang mengadakan persembahan di negaranya sendiri.

Sedangkan ketika Wanda berkesempatan membuat liputan anugerah itu pada 2005 di Bangkok, Tata Young diberi peluang mengadakan persembahan dengan acara diakhiri dengan kemunculan bintang Thailand, Bird Thongchai McIntyre.

Itu belum melihat kepada pengalaman Siti yang pernah secara solo menyanyi di pentas acara itu pada 2005 dan berduet dengan Gareth Gates menyampaikan lagu Say It Isn’t So, setahun sebelum itu.

Jadi di mana silapnya? Apakah artis kita dirasakan oleh pihak penganjur langsung tidak layak untuk menghibur di pentas dan meraikan kehebatan bintang Asia itu?

Apakah Siti yang berpengalaman di pentas itu dan menjadi artis paling popular tempatan juga tidak dipandang oleh mereka?

Wanda dengar, perjalanan acara persembahannya pun tidak semantap mana. Wanda hairan juga mengenangkan hal ini sebab bukankah penganjurnya bertaraf antarabangsa dan kita pula selalu sangat puji kerja mereka.

Jadi nampaknya lepas ini, kita tak payahlah nak bising-bising sangat kalau acara malam kemuncak seperti Festival Filem Malaysia dan sebagainya itu tidak segah mana. Satu lagi kita kena sedar bahawa anugerah itu bukanlah sebesar mana, jauh sekali berprestij. Tapi orang kita ini pun satu juga, semuanya “berprestij”. Apa itu prestij?

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.