saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 10/08/2008

AS, EU jangan campur urusan Malaysia

JELEBU 9 Ogos - Negara-negara kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) diingatkan supaya tidak mencampuri urusan dalaman negara ini kerana ia dianggap sebagai satu pencabulan.Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, perbuatan itu jelas menimbulkan rasa kurang senang rakyat Malaysia, bahkan juga tidak mematuhi Deklarasi Hak Asasi Sejagat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDHR).

Tambah beliau, setiap negara mempunyai undang-undang tersendiri bagi mengadili seseorang tanpa memerlukan campur tangan negara luar bagi menyelesaikan masalah dalaman.

''Sikap kuasa-kuasa besar ini dianggap satu tindakan berunsur campur tangan terutamanya dalam proses kehakiman negara.

''Ini jelas menunjukkan niat tidak ikhlas kerana ia mencabul kedaulatan sesebuah negara," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Taklimat Pembangunan Daerah Jelebu di sini hari ini.

Kata Rais, pencabulan itu harus dihentikan kerana ia dilihat sebagai satu tindakan untuk kepentingan individu sahaja.

Beliau diminta mengulas tohmahan yang dilemparkan oleh beberapa kuasa besar dunia terhadap negara berikutan krisis yang dianggap mencemarkan imej negara termasuk pendakwaan kes liwat melibatkan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, beliau akan menghantar surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Kim Moon bagi menjelaskan kedudukan sebenar mengenai dakwaan yang dilemparkan oleh kuasa besar berkenaan.

Pada masa yang sama, Wisma Putra akan membuat penerangan selengkapnya menerusi pertemuan dengan Duta-Duta Malaysia di luar negara berkaitan isu semasa dan perkembangan politik tanah air.

Sementara itu, mengulas sambutan ulang tahun penubuhan ASEAN, beliau berkata, program mengibarkan bendera ASEAN akan diadakan di Wisma Putra dan dijadual dihadiri oleh duta dari negara- negara anggota.

''Antara pengisian yang akan dijalankan termasuklah mengimbas kembali penubuhan ASEAN," jelas beliau.

Rais menjelaskan, sejak ASEAN ditubuhkan 41 tahun lalu, telah banyak sumbangannya bagi membangunkan negara anggota yang berkaitan keselamatan, sosiobudaya dan ekonomi.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.