saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 11/08/2008

Azwan, Sabihah juara Bintang Klasik Nasional


JUARA..


KUALA LUMPUR 10 Ogos - Mohd. Azwan Shahdi Mohd. Jalaludin dan Sabihah Abdul Wahid masing-masing dinobatkan sebagai Juara Kategori Lelaki dan Wanita dalam pertandingan akhir Bintang Klasik Nasional 2008 (BKN 2008) yang diadakan di Auditorium Perdana, Angkasapuri, di sini malam ini.

Mohd. Azwan Shahdi dan Sabihah yang membawakan lagu Asmara Dewi dan Senyuman Tak Berbalas dengan penuh penghayatan berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM25,000 termasuk wang tunai RM10,000, trofi beserta sijil dan juga baucer sumbangan Singer sebanyak RM15,000.

Hadiah telah disampaikan oleh bekas pemimpin Okestra RTM, Datuk Johari Salleh.

Sementara itu, Muhammad Alif Kadim dan Nurlida Rahman pula memenangi tempat kedua.

Dengan mendendangkan lagu Mungkin Bersama dan Tanpa Kasih Tanpa Sayang, mereka telah membawa pulang hadiah bernilai RM12,000 termasuk wang tunai RM5,000, baucer sumbangan Singer RM7,000, trofi serta sijil.

Bagi Mohd. Safar Shah Alaudin dan Iffah Izzati Baharudin yang membawakan lagu Di Ambang Senja dan Curahan Hati pula hanya mampu berpuas hati dengan kemenangan mereka di tempat ketiga dengan membawa pulang hadiah kemenangan bernilai RM8,000, trofi dan juga sijil.

Enam peserta lain iaitu Mohd. Faizal Rahim, Amirshah Yahya, Saiful Bahri Jamil, Nik Nurul Hidayah Nik Mat, Rafidah Asgali dan Masitah Mohd. Airani juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila turut membawa pulang hadiah berjumlah RM2,000 beserta trofi dan sijil.

Kesemua pemenang telah diadili 100 peratus oleh juri-juri profesional yang terdiri daripada Datuk Dr. Ahmad Nawab, Datuk Ibrahim Bachik, Aishah, Syafinaz Selamat, Azmeer dan Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri.

BKN 2008 yang menampilkan Sofiah Abdullah dan Dia Fadilla sebagai pengacara itu juga turut diserikan dengan persembahan artis veteran, R.Ismail, Musly Ramlee, Kenny Lee dan Raz.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.