saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 11/08/2008

Big Apple Donuts terbesar di Melaka

MELAKA 10 Ogos - Peminat donut di negeri ini kini berpeluang menikmati kuih istimewa itu apabila rangkaian kedai donut popular tempatan, Big Apple Donuts & Coffee membuka cawangan ke-20 di Dataran Pahlawan, Banda Hilir di sini.

Pengarah Big Apple Interasia Sdn. Bhd., Mike U. K. Chan berkata, pembukaan cawangan tersebut adalah yang terbesar di Malaysia dan terletak di aras bawah pusat membeli-belah tersebut.

Menurutnya, pada masa akan datang, pihaknya merancang membuka sebuah lagi cawangan Big Apple Donuts di pasar raya Jaya Jusco baru di Jalan Panglima Awang menjelang tahun 2010.

''Selepas pembukaan di Dataran Pahlawan, cawangan seterusnya ialah di Plaza Gurney, Pulau Pinang dan Jaya Jusco, Seberang Prai pada 21 Ogos depan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian pembukaan cawangan Big Apple Donuts & Coffee ke-20 oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat negeri, Norpipah Abdol dan turut dihadiri isteri Ketua Menteri, Datin Seri Asmah Abd. Rahman.

Sempena pembukaan cawangan di Dataran Pahlawan itu yang dimiliki oleh usahanita Melayu, Fazlina Mustafa Kamil, seramai 150 orang pengunjung bertuah menerima setengah dozen donut percuma.

Selain itu kata Mike, pembukaan cawangan terbarunya iaitu berhampiran pintu masuk Dataran Pahlawan bertujuan memudahkan orang ramai untuk mendapatkan donut kegemaran mereka selain membolehkan pelanggan melihat dengan lebih dekat cara pembuatan donut menerusi dapur terbukanya.

Katanya, pembukaan pertama cawangan Big Apple Donuts ialah di The Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Mei tahun lalu.

Beliau berkata, pihaknya mensasarkan membuka sehingga 30 lagi cawangan menjelang Disember tahun ini di seluruh negara, dan bagi pasaran luar negara, cawangan Big Apple Donuts & Coffee akan dibuka di Jeddah, Arab Saudi, Dubai, Jakarta, Bangkok dan China tahun ini.

Katanya, disebabkan produk keluaran syarikat itu berasaskan bahan yang halal dari segi syariah Islam dan diiktiraf Islamic Food and Nutrition Council of America (Infanca) dan dari badan yang diiktiraf oleh Jakim, ia menarik keyakinan pelabur dari luar negara terutama negara Timur Tengah untuk membuka cawangan di negara berkenaan.

''Kami bangga kerana dapat menjual nama Malaysia menerusi Big Apple Donuts & Coffee di negara luar," katanya.

Menurut beliau, pihaknya menawarkan kira-kira 30 jenis donut yang dijual termasuk Pink Panther, Duren Duren, Chocoring, Rolling Stone, Kiwi Blitz, Semi Glacier, Say Cheese, Go Nutz, Kimohe, 101 Dalmations, Moonraker, The Alien, Mango Tango dan Iceberg.

Setiap donut dijual dengan harga RM2.20 sekeping, bagi sekotak yang mengandungi enam donut dijual dengan harga RM11.50 dan sekotak 12 donut dijual dengan harga RM21.

''Donut Big Apple berbeza dengan donut lain kerana kita menawarkan rasa donut yang tidak terlalu manis kerana kita mahu pelanggan kita menjaga kesihatan.

''Satu lagi, lebih banyak pelanggan membeli donut di Big Apple, lebih banyak potongan harga yang diberikan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:20
Asar 4:21
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.