saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 11/08/2008

UMNO Cheras minta Zaid Ibrahim letak jawatan

11/08/2008 5:56pm

KUALA LUMPUR 11 Ogos – UMNO Cheras mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim meletakkan jawatan ekoran sikapnya yang hanya berdiam diri berhubung tindakan Majlis Peguam menganjurkan forum yang membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Ketuanya, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, pendirian 'membisu seribu bahasa' yang diambil Zaid adalah sesuatu yang sangat mengecewakan.

"Ketika ribuan umat Islam bangkit mempertikaikan tindakan Majlis Peguam, menteri yang kononnya mahir dalam bidang undang-undang hilang entah ke mana, ini amat mengecewakan seluruh ahli UMNO dan orang Melayu.

"Di mana Zaid yang kononnya menjaga hal ehwal undang-undang apabila Majlis Peguam secara terbuka cuba mencampuri urusan dan kepentingan umat Islam di negara ini. Mengapa tiba-tiba membisu?," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Syed Ali berkata, dalam isu lain, Zaid cepat melatah, tetapi apabila kesucian dan hak umat Islam dicabar dan diganggu-gugat oleh pihak bukan Islam, beliau mengambil sikap membisu.

“Jadi eloklah berundur sahaja daripada Kabinet,” kata beliau.

Katanya, apabila menteri yang menjaga hal-ehwal perundangan negara hanya membisu dan tidak berkata apa-apa berhubung isu Majlis Peguam, sudah tentu rakyat akan membuat tafsiran beliau kononnya tidak begitu sensitif terhadap kepentingan Islam. - Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.