saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/08/2008

FFM21: Disiplin artis dan alumni AF


GANDINGAN Ahmad Fauzee (kiri) dan Melissa Saila menyampaikan lagu Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menceriakan suasana hambar FFM21.


USIA penganjuran majlis anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) sudah memasuki 21 tahun. Jika mahu diukur dari aspek usia manusia, tempoh berkenaan barangkali, sudah cukup memperlihatkan kedewasaan seseorang itu.

Sayang sekali, kematangan itu masih belum terlihat pada wajah penggiat perfileman tanah air.

FFM21 yang dianjurkan oleh kerajaan dengan penuh gilang-gemilang seharusnya diraikan oleh para karyawan dengan penuh kegembiraan.

Namun, senario yang tidak manis dan tidak seindah glamor dunia hiburan berlaku di lokasi penganjuran malam kemuncak FFM21, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hujung minggu lalu.

Berdasarkan pemerhatian sepanjang acara itu berlangsung, rumusan yang dapat dibuat mengenai karyawan filem pada malam itu ialah faktor disiplin terus diabaikan.

Kalau sudah tahu acara akan berlangsung pada waktu yang ditetapkan, kenapa saja tidak datang awal.

Mahu tahu apa yang berlaku sebelum acara kemuncak disiarkan secara langsung menerusi saluran Ria (saluran 104, Astro)?

Kerana kelewatan sejumlah besar karyawan filem, kesesakan luar biasa berlaku di pintu masuk auditorium apabila mereka yang hadir berkumpul di situ sambil menantikan waktu rehat untuk membolehkan mereka duduk di kerusi yang disediakan.

Ketika itu, persepsi-persepsi buruk mula bermain di fikiran sebilangan besar audiens yang tiba lebih awal.

Apa yang menimbulkan tanda tanya ialah tidak adakah rasa hormat karyawan filem pada penganjur yang bertungkus-lumus menganjurkan majlis untuk menghargai kerja-kerja seni mereka?

Seperkara yang terus berlaku dalam setiap majlis anugerah industri hiburan ialah ketidakhadiran para pemenang.

Pada malam kemuncak itu, ada beberapa kali berlaku tiada pemenang naik ke pentas untuk menerima trofi selepas nama diumumkan oleh penyampai anugerah.

Kalau sekalipun tidak dapat hadir kerana kurang sihat atau tidak berada dalam negara, sekurang-kurangnya calon Top 5 sudah boleh mewakilkan diri mereka untuk menerima anugerah berkenaan.

Mustahil juga kalau calon-calon Top 5 FFM21 tidak dimaklumkan mengenai pencalonan mereka dari awal lagi!

Selama mana agaknya, karyawan filem kita terutamanya akan terus bertahan dengan ego dan kesombongan mereka?

Kesimpulannya, itulah wajah anak wayang kita.

Dalam kemanisan para pemenang bersilih ganti mengambil trofi, ada juga kecacatan yang menguasai pentas FFM21 tempoh hari.

Paling ketara ialah persembahan yang diatur begitu membosankan dan ada sesetengah daripada persembahan tidak relevan dengan penganjuran FFM21.

FFM21 juga memperlihatkan industri hiburan seolah-olah ketandusan penyanyi sehinggakan sejumlah besar bintang kelahiran program realiti, Akademi Fantasia (AF) menguasai persembahan.

Seingat semua orang yang menonton FFM21 malam itu, bintang-bintang seperti Stacy, Riz, Zahid, Burn, Sahri, Bob, Yazer dan Farah muncul mengadakan persembahan. Adakah malam itu merupakan malam alumni AF?

Namun, antara kesemua nama itu persembahan juara AF6, Stacy paling memalukan. Bintang muda itu seperti tidak bersedia dan melakukan banyak kesilapan ketika menyampaikan lagu Wajah Rahsia Hati.

Begitu juga dengan naib juara AF6, Riz ketika menyampaikan lagu Azura turut melakukan kesilapan sehingga menjejaskan nyanyiannya.

Alasan? Tak perlu. Tiada siapa yang mahu mendengar alasan kerana sebagai penyanyi yang diberi tanggungjawab menghiburkan audiens, mereka sewajarnya sudah bersedia dari awal.

Namun begitu, ada beberapa persembahan yang cukup menawan ditampilkan.

Antaranya sudah tentu Datuk Siti Nurhaliza menerusi lagu Hati dan Sabar Menanti. Mujur ada Siti yang menyelamatkan majlis.

Begitu juga dengan persembahan Atilia dengan Chedd Eddie Yusof serta Ahmad Fauzee dan Melissa Saila yang mengembalikan memori audiens pada nostalgia filem Melayu klasik.

Terlalu sarat persembahan tempoh hari menyebabkan banyak kelemahan yang dilihat.

Lalu, kerana itu juga, segala persembahan pada malam itu tidak dapat dirakamkan dan disimpan dalam kotak memori para penonton.

Oh ya seperkara lagi, FFM21 juga menyaksikan kehadiran artis-artis terkenal sama ada yang datang bersendirian mahupun dengan pasangan masing-masing.

Ada yang datang dengan gaya elegan. Tidak kurang yang bersederhana. Ada pula yang seperti ‘tak tentu arah’ penampilan mereka.

Apa-apa sajalah...

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.