saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 12/08/2008

Penduduk serah memorandum

JOHOR BAHRU 11 Ogos - Kira-kira 200 penduduk Kampung Baru Plentong Tengah, Masai berhimpun secara aman di hadapan Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di sini hari ini bagi menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

Memorandum tersebut merupakan rayuan supaya pihak berkuasa menangguhkan kerja-kerja merobohkan kampung mereka yang dijadualkan Khamis ini.

Penduduk yang membawa sepanduk dan kain rentang berhimpun sejak pukul 9 pagi namun hanya empat wakil dibenarkan masuk dan menyerahkan memorandum itu kepada Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Lokman Abu Bakar kira-kira pukul 10.30 pagi selepas perbincangan ringkas diadakan antara mereka.

Utusan Malaysia difahamkan Abdul Ghani tidak dapat menemui wakil penduduk itu kerana menghadiri mesyuarat di tempat lain.

Empat wakil penduduk yang dibenarkan masuk untuk menyerahkan memorandum itu ialah Penasihat Jawatankuasa Bertindak Kampung (JBK) itu, Subra Paidathally; Pengerusi JBK, Jamean Abdullah; Setiausaha JBK, Taslim Nani dan Ketua UMNO Cawangan Kampung Baru Plentong Tengah, Shaari Mohd. Sham.

Paidathally yang ditemui selepas itu memberitahu, memorandum itu mengandungi rayuan penduduk supaya kerja-kerja merobohkan kampung mereka ditangguhkan sehingga penempatan baru di Bukit Dagang seperti yang dijanjikan di Ulu Tiram, siap sepenuhnya.

"Kandungan memorandum itu juga menyatakan hasrat penduduk yang mahu dialog diadakan antara pihak pemaju Bukit Lenang yang diberi hak oleh mahkamah untuk merobohkan kampung mereka bagi menjalankan projek pembangunan di situ," katanya.

Menurutnya, penduduk turut menyertakan sejarah kampung mereka di dalam memorandum itu dan memohon pampasan diberikan ekoran kampung mereka bakal dirobohkan.

Sementara itu, seorang ahli JBK kampung tersebut, Kasim Mohamed berkata, penduduk sebulat suara tidak akan membenarkan kampung mereka dirobohkan pada Khamis ini.

"Kami difahamkan, buat permulaan beberapa rumah kosong di kampung kami akan dirobohkan pada Khamis ini.

"Bukan setakat rumah kosong, kami tidak akan benarkan walau seinci tanah di kampung kami dicerobohi. Kalau dibiarkan, mula-mula sedikit nanti habis satu kampung dirobohkan," katanya.

Menurut Kasim, kampung itu dihuni oleh 322 keluarga yang terdiri daripada kira-kira 3,000 penduduk.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.