saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 12/08/2008

SK Tarcisian Convent juara pertandingan tarian


Pasukan tarian Sekolah Kebangsaan (SK) Tarcisian Convent, Ipoh, muncul johan Pertandingan Tarian Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Negeri Perak di Batu Gajah, baru-baru ini.


BATU GAJAH 11 Ogos – Sekolah Kebangsaan (SK) Tarcisian Convent, Ipoh menjuarai Pertandingan Tarian SekolahSekolah Rendah Peringkat Negeri Perak selepas menewaskan sembilan wakil daerah yang lain di sini baru-baru ini.

Dalam pertandingan yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf di sini, SK Tarcisian Convent mempersembahkan tarian asli dan tarian etnik bertajuk Pertemuan dan Penemuan.

Dengan kemenangan itu, peserta tarian sekolah tersebut akan mewakili Perak dalam pertandingan peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Terengganu pada 17 Ogos ini.

Guru pembimbing tarian sekolah itu, Fadzilah Abd. Aziz berkata, kemenangan tersebut adalah hasil komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh setiap ahli pasukan.

Katanya, pasukan tarian sekolah itu yang menggabungkan murid Melayu, Cina dan India hanya sempat mengikuti latihan sebanyak tujuh kali iaitu selama tiga jam setiap Ahad.

‘‘Bagaimanapun, hasil kesungguhan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh setiap ahli pasukan, membolehkan sesi latihan berjalan lancar dan teratur,” katanya.

Dalam pada itu, naib johan dimenangi oleh pasukan SK Gopeng yang mewakili daerah Kinta Selatan manakala tempat ketiga disandang oleh wakil daerah Larut Matang dan Selama, SK Taman Panglima dari Taiping.

Hadiah pemenang disampaikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Selatan, Raja Abdul Rahman Raja Amran.

Johan, naib johan dan ketiga masing-masing menerima plak, piala iringan dan sijil.

Turut hadir, Penyelia Kokurikulum Kebudayaan dan Muzik Jabatan Pelajaran Perak, Amin Nudin Abdul Rahman.

Sementara itu dalam ucapannya, Raja Abdul Rahman berkata, pertandingan tersebut bertujuan untuk mencungkil bakat murid dan mendedahkan mereka dengan kaedah pembelajaran zapin, inang, joget

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.