saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 13/08/2008

Kopi 'Radix' menang anugerah PM


ABDULLAH Ahmad Badawi menyampaikan anugerah Perdana Menteri kepada Ismail Ahmad selepas merasmikan MAHA 2008 di Pusat Taman Expo Pertanian, semalam.


SERDANG 12 Ogos - Tiada siapa menyangka industri pertanian berasaskan herba mampu memberikan pulangan yang cukup lumayan.

Namun, syarikat HPA Industries Sdn. Bhd. berjaya membuktikan herba mampu menjana keuntungan apabila pada tahun 2007 nilai jualan produk keluaran syarikat itu mencecah RM63 juta.

Antara produk popular syarikat itu ialah Kopi Radix yang terkenal dengan ungkapan iklan 'Mai Secawan'.

Berikutan pencapaian tersebut, HPA telah dipilih untuk menerima Anugerah Perdana Menteri yang pertama kali diperkenalkan sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK). Dengan kemenangan itu, HPA Industries membawa pulang hadiah wang wang tunai RM50,000, piala dan sijil.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad pada majlis perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2008 di sini hari ini.

Terdahulu, syarikat tersebut turut menerima Anugerah Pemasar Tani Jaya Peringkat Kebangsaan 2008. Bagi anugerah ini, HPA mendapat hadiah RM30,000, piala dan sijil.

Menurut Ismail, syarikatnya kini berusaha mewujudkan ladang roselle dan pegaga memandangkan hasil ladang sedia ada tidak dapat menampung permintaan.

''Kami masih terpaksa mengimport roselle dari Sudan dan pegaga dari Indonesia, jadi dengan adanya ladang roselle dan pegaga yang lebih besar ia akan membantu mengurangkan kebergantungan terhadap negara luar,'' katanya.

Selain menetapkan sasaran keuntungan sebanyak RM100,000 pada tahun ini, Ismail menyatakan bidang pertanian dan industri asas tani telah terbukti mampu memberikan pulangan yang cukup lumayan sekiranya diusahakan dengan betul.

HPA memiliki empat buah kilang yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba seluas 500 ekar. Ia mempunyai kira-kira 400,000 ahli serta 21,000 usahawan di seluruh negara. HPA Industries juga mempunyai lima wakil di luar negara melalui aktiviti jualan langsung pelbagai peringkat (MLM).

Sementara itu, seorang lagi pemenang, Saidi Mamat @ Ghani yang diumumkan memenangi Anugerah Nelayan Muda Kebangsaan memberitahu, beliau sedang merancang untuk menjalankan perniagaan sarang burung manakala wang sebanyak RM15,000 yang dimenanginya akan digunakan untuk membeli saham.

''Saya baru sahaja membeli beberapa buat bot lelongan Jabatan Maritim. Bot-bot itu akan beroperasi tidak lama lagi,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Saidi, beliau mula berjinak-jinak dengan penangkapan ikan sejak di bangku sekolah tetapi mengusahakannya secara komersial pada usia 25 tahun.

Beliau kini mempunyai lima buah bot pukat tunda dan 30 buah sangkar ikan siakap. Pendapatan kasar syarikatnya ialah kira-kira RM300,000 sebulan.

Pada majlis itu, beberapa anugerah lain turut diumumkan seperti Anugerah Pertubuhan Peladang Jaya yang dimenangi oleh Pertubuhan Peladang Kawasan Penaga, Pulau Pinang.

Penerima-penerima anugerah lain ialah Mohammad Hassan Mohammed Rawther (Peladang Jaya Lelaki Kebangsaan), Lenah Simen (Peladang Jaya Wanita Kebangsaan) dan Zulkarnain Painan (Peladang Jaya Muda Kebangsaan).

Pemenang bagi kategori Nelayan Jaya Kebangsaan ialah Din Ahmad, Kiew Yoke Loy (Usahawan Ikan Air Tawar), Chia Kee Heng (Usahawan Air Payau), Zainuddin Zakaria (Usahawan Penternak Ruminan Jaya Kebangsaan) dan Ishah @ Isa Awab (Usahawan Penternak Bukan Ruminan jaya Kebangsaan).

Turut menerima anugerah ialah Unit Peladang Kampung Desa Sri Taman, Tuaran, Sabah (Unit Peladang Jaya Kebangsaan) dan Persatuan Nelayan Kuala Kedah, Kedah (Persatuan Nelayan Jaya Kebangsaan).

Kategori Kumpulan Komersial Tani Jaya Kebangsaan pula diraih oleh projek berkelompok Sayuran Kampung Melayu Raya, Sagil Tangkak, Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) Medan Jaya, Marang, Terengganu (Kumpulan Wanita Jaya Kebangsaan) dan Syarikat Kebun Rimau Sdn. Bhd. (Anugerah Inovasi Teknologi Pertanian dan Industri Asas Tani Kebangsaan).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.